window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan?

Haris Ā· Aug 10, 2022 05:00 PM

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 01

Hanya segelintir sahaja pengguna yang merindui Honda Jazz tetapi peminat kereta pasti akan lebih merindui model Honda Fit RS (GK5) yang berkuasa. Hal ini kerana Honda Jazz RS (GR) facelift telah dipertontonkan di Jepun dengan rekaan yang sangat comel - kurang menepati citarasa negara membangun seperti Malaysia.

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 02

Pelancaran rasmi Honda Jazz RS facelift baharu ini dijangka sekitar September hingga November 2022. Ia juga menandakan pengenalan model facelift kepada varian lain. Perbandingan antara model pra-facelift dan facelift adalah seperti berikut. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 01

Honda Jazz sebelum facelift

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 02

Honda Jazz facelift varian Luxe

Berbekalkan enjin 1.5 liter hibrid e:HEV, ia menggunakan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson yang menghamburkan sekadar 98 PS kuasa kuda dan 127 Nm tork yang mengecas motor elektrik. 2 motor hibrid yang memacu roda pula menghamburkan sehingga 109 PS dan 250 Nm. Output kuasa yang jelas masih belum disahkan.

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 03

Berdasarkan laporan, perincian luaran menampilkan jaringan baharu pada gril, bampar yang direka bentuk semula dengan saluran udara masuk yang lebih besar, lencana RS merah, roda aloi yang lebih besar dan spoiler belakang.

Baca: Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand!

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 04

Bergerak ke bahagian kabin dalaman, perincian jahitan kontras agak berbeza dengan kebanyakan model dengan lencana RS sebelum ini. Hal ini kerana jahitan kontras menggunakan warna emas dan bukannya warna merah seperti yang ada dalam kebanyakan model RS lain.

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 05

Contoh: City Hatchback RS dengan jahitan kontras merah

Seperti biasa Honda Jazz RS facelift ini mengenakan kemasan upholsteri fabrik-kulit, di mana kemasan fabrik di Jepun adalah perincian mewah kerana kualitinya yang tinggi dan lebih empuk berbanding kulit, berbeza dengan kualiti fabrik di pasaran membangun.

Untuk pengetahuan, model Honda Jazz (GR5) pra-facelift tidak didatangkan dengan varian RS. Sebelum ini, model teratas yang ditawarkan dilihat berupa edisi khas sahaja iaitu Honda Jazz e:HEV Modulo X.

Baca: Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif?

Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan? 06

Sebagai rujukan, Honda Fit RS (GK5) yang lebih terkenal sebelum ini menggunakan enjin 1.5 liter yang menghamburkan sehingga 132 PS kuasa kuda dengan catatan masa pacutan 0-100 km/j hanya 9.1 saat. Ia dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan yang menggiurkan.

Peningkatan penampilan secara kosmetik ditawarkan meliputi kit badan serba sporty, roda 16-inci, jahitan dalaman kontras merah dan pedal sporty. Warna hero pula adalah Sunset Orange yang sehingga kini tidak ditawarkan banyak.

Baca: Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda