window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

Faisal · Mar 20, 2023 10:00 AM

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 01

Tahun ini, peminat-peminat Honda nampaknya akan disajikan dengan 4 model baru dari Honda Malaysia.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden dan COO Honda Malaysia, Encik Sarly Adle Sarkum sewaktu acara media berlangsung pada Jumaat petang lepas yang mana beliau berkata, “Saya teruja untuk berkongsi bahawa dalam tahun ini, Honda Malaysia akan melancarkan 3 model serba baharu dan satu model facelift”.

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam 4 model tersebut, salah satu yang telah disahkan adalah Honda WR-V iaitu SUV segmen A yang akan diposisikan bawah Honda HR-V yang bersegmen B.

Juga bacaSAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan

Identiti buat 3 lagi model belum lagi dikongsi tetapi ia tidaklah sukar untuk diagak.

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 01

Honda City facelift di pasaran India.

Kalau kita lihat secara mendalam, Honda City sepatutnya akan akan dikemaskini dan berdasarkan apa yang telah dirungkai, model facelift menyaksikan pembaharuan yang tidak begitu ketara. Dari segi ciri, beberapa pasaran mungkin akan diperbaharui dengan ADAS Sensing Low Speed Follow (LSF).

Juga bacaHonda City facelift 2023 didedah untuk pasaran India, bakal menyusul ke Malaysia?

Untuk model serba baru, Honda CR-V 2023 generasi ke-6 akan membuat debut rantau pada acara Bangkok International Motor Show yang akan berlangsung pada minggu ini. Pasaran Thailand kiranya akan menawarkan SUV segmen C itu dengan enjin 2.0L hibrid dari Civic RS e:HEV.

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 02

Sebelum ini, Sarly pernah berkata bahawa Honda Malaysia akan menambahkan lagi barisan model RS e:HEV. Perkara ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa CR-V baharu di Malaysia nanti akan turut ditawarkan dengan trenkuasa hibrid, kali pertama buat CR-V di pasaran kita.

Juga bacaSpyshot: Honda CR-V baharu sudah menjengah ke Malaysia, dilancarkan selepas Honda WR-V?

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 03

Model serba baharu yang seterusnya pula bukanlah Honda Accord 2023 generasi ke-11 yang membuat debut global di Amerika pada November lepas.

Ia sebenarnya Honda Civic Type R FL5. Lagipun, sewaktu persidangan, gambar tombol gear manual Civic tersebut turut dipaparkan yang mana ia agak samar-samar.

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 04

Jadi, untuk Accord baru, ia mungkin cecah RM 200k walaupun dipasang lokal (CKD) kerana kos telah meningkat drastik dan permintaannya pun tidak setinggi dahulu.

Disebabkan itu, Accord baharu mungkin tidak akan dilancarkan pada tahun ini.

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 05

Kalau anda perasan, Honda BR-V generasi baharu yang sudah ada di Thailand dan Indonesia tidak disebut langsung. Untuk makluman anda, Honda Malaysia sebenarnya sudah mengesahkan bahawa mereka telah menggugurkan model ini. Melihat betapa lakunya Perodua Alza, tidak hairanlah Honda Malaysia mengambil keputusan untuk keluar dari pasaran kereta 7 tempat duduk tersebut.

Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3% 06

Secara amnya, Honda Malaysia menyasarkan jualan 2023 sebanyak 80,000 unit. Angka ini sedikit kurang daripada 80,290 unit yang dijual pada tahun lepas tetapi perkara ini adalah disebabkan oleh volum jumlah industri (TIV) yang diramalkan menurun 10% iaitu kepada 650,000 unit.

Walau bagaimanapun, pegangan pasaran untuk tahun 2023 disasarkan meningkat dari 11.1% kepada 12.3%.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda