window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Malaysia tambah warna baru lebih mengancam untuk City dan Accord!

Mersita ยท Mar 9, 2022 07:00 PM

Honda Malaysia tambah warna baru lebih mengancam untuk City dan Accord! 01

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan pilihan warna-warna baharu bagi dua model paling laris Honda; iaitu Honda City dan model flagshipnya, Honda Accord. Kedua-dua model ini kini boleh didapati dalam rona Meteoroid Gray Metallic yang menggantikan rona Modern Steel Metallic sedia ada. Honda City pula akan diberi warna merah lebih mengancam iaitu Ignite Red Metallic yang menggantikan Passion Red Pearl.

Baca juga: Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh?

Warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic dahulu diperkenalkan pada City Hatchback dan ia terbukti amat popular dikalangan pembeli. Honda kemudiannya memperkenalkan dua rona baru yang sama bagi Civic baharu sebelum meluaskan lagi pilihan ini kepada City dan Accord.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Malaysia tambah warna baru lebih mengancam untuk City dan Accord! 01

Setakat ini, lebih 32,500 unit Honda City generasi kelima telah menyusur bangga di jalan raya Malaysia sejak ia dilancarkan. Ia merupakan model Honda Malaysia paling laris pada bulan Januari dan Februari 2022 – menyumbang 38 peratus dalam jualan keseluruhan syarikat itu.

Baca juga: Honda City Sedan vs Hatchback: hatchback lagi mahal tapi adakah mahal = lebih baik?

Honda Malaysia tambah warna baru lebih mengancam untuk City dan Accord! 02

Honda juga menganugerahkan City dengan pelbagai kelengkapan moden, antaranya adalah yang pertama dalam segmen ini, seperti Electric Parking Brake dan Remote Engine Start. Varian-varian lebih tinggi pula diberikan banyak lagi kelengkapan keselamatan berteknologi lebih tinggi – juga dipaparkan buat julung kalinya dalam segmen ini.

Honda City boleh didapati dalam lima jenis varian dan senarai harganya adalah seperti berikut:

  • Honda City 1.5 S - RM 74,191.27
  • Honda City 15. E - RM 81,664.82
  • Honda City 1.5 V - RM 86,561.45
  • Honda City 1.5 V Sensing - RM 90,212.36
  • Honda City 1.5 RS - RM 105,950.45

Baca juga: Kebaikan & Keburukan: Honda City 1.5V – paling luas di segmen tapi tiada AEB?

Honda Malaysia tambah warna baru lebih mengancam untuk City dan Accord! 03

Bagi model flagship iaitu Accord pula, model generasi kesepuluh ini diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2020; kali pertama pengeluar kereta Jepun pasaran utama yang memperkenalkan enjin turbo dalam kategori kereta segmen D. Model ini menerima respon memberangsangkan dari warga Malaysia, dengan lebih 2,200 unit terjual setakat ini.

Harga Honda Accord pula adalah seperti yang berikut:

  • Honda Accord 1.5 TC - RM 178,203.00
  • Honda Accord 1.5 TC-P - RM 187,390.73

Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh kunjungi bilik-bilik pameran Honda berhampiran anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda