window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid?

Faisal · Dec 7, 2020 10:00 AM

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 01

Sebuah lagi kereta menarik yang membuat debut di Guangzhou Auto Show 2020 baru-baru ini ialah Honda M-NV. SUV kompak ini dikuasai oleh bateri lithium-ion 61.3 kWh yang memacukan motor depan. Kuasa keseluruhan adalah sebanyak 163 PS dan 280 Nm tork manakala kelajuan tertinggi pula mencecah 140 km/j. Honda turut menjelaskan bahawa SUV kompak ini boleh dipandu sejauh 480 km untuk sekali cas. Ini menjadikannya antara kenderaan elektrik (EV) yang boleh berjalan paling jauh untuk sekali cas.

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 02

Walau bagaimanapun, Honda M-NV hanya akan dijual di China dibawah jenama Climo – jenama dibawah Honda Dongfeng yang mengutamakan pembelian kereta pertama. Disebabkan itu, Honda MN-V tidak memakai logo Honda di bonet depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 01

Untuk maklumat anda, Honda M-NV dibina berdasarkan platform Honda HR-V.

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 02

Tetapi ia sebenarnya sedikit pendek dan tirus berbanding Honda HR-V. Namun begitu, perbezaan ini hanyalah disebabkan oleh bampar dan fender.

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 03

Honda M-NV turut menggunakan lampu depan jenis LED. Bahagian gril pula digantikan dengan satu garisan krom. Pada bahagian belakang, ia kelihatan seperti Toyota Harrier dimana bar yang berwarna piano black menyambungkan kedua-dua lampu tersebut.

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 04

Pada bahagian tepi, ia kelihatan mirip Honda HR-V. Selain daripada rekaan lampu belakang, sukar untuk membezakan di antara mereka dengan sekilas pandang.

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 05

Bahagian kabin pula hadir dengan kluster instrumen TFT 12.3 inci beserta skrin infotainment yang lebih besar. Malah rekaan papan pemuka juga agak unik.

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 06

Menariknya, M-NV tidak mempunyai tombol gear. Sebaliknya, bahagian tersebut hadir dengan butang posisi gear dan mod pemanduan.

Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 07

Walaupun M-NV hanya dihasilkan untuk pasaran China, kebanyakan negara lain mendapat Honda e yang lebih menarik dan lebih berpotensi tinggi.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda