![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 01]()
Sebuah lagi kereta menarik yang membuat debut di Guangzhou Auto Show 2020 baru-baru ini ialah Honda M-NV. SUV kompak ini dikuasai oleh bateri lithium-ion 61.3 kWh yang memacukan motor depan. Kuasa keseluruhan adalah sebanyak 163 PS dan 280 Nm tork manakala kelajuan tertinggi pula mencecah 140 km/j. Honda turut menjelaskan bahawa SUV kompak ini boleh dipandu sejauh 480 km untuk sekali cas. Ini menjadikannya antara kenderaan elektrik (EV) yang boleh berjalan paling jauh untuk sekali cas.
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 02]()
Walau bagaimanapun, Honda M-NV hanya akan dijual di China dibawah jenama Climo – jenama dibawah Honda Dongfeng yang mengutamakan pembelian kereta pertama. Disebabkan itu, Honda MN-V tidak memakai logo Honda di bonet depan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 01]()
Untuk maklumat anda, Honda M-NV dibina berdasarkan platform Honda HR-V.
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 02]()
Tetapi ia sebenarnya sedikit pendek dan tirus berbanding Honda HR-V. Namun begitu, perbezaan ini hanyalah disebabkan oleh bampar dan fender.
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 03]()
Honda M-NV turut menggunakan lampu depan jenis LED. Bahagian gril pula digantikan dengan satu garisan krom. Pada bahagian belakang, ia kelihatan seperti Toyota Harrier dimana bar yang berwarna piano black menyambungkan kedua-dua lampu tersebut.
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 04]()
Pada bahagian tepi, ia kelihatan mirip Honda HR-V. Selain daripada rekaan lampu belakang, sukar untuk membezakan di antara mereka dengan sekilas pandang.
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 05]()
Bahagian kabin pula hadir dengan kluster instrumen TFT 12.3 inci beserta skrin infotainment yang lebih besar. Malah rekaan papan pemuka juga agak unik.
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 06]()
Menariknya, M-NV tidak mempunyai tombol gear. Sebaliknya, bahagian tersebut hadir dengan butang posisi gear dan mod pemanduan.
![Honda M-NV – tahap seterusnya selepas Honda HR-V Hybrid? 07]()
Walaupun M-NV hanya dihasilkan untuk pasaran China, kebanyakan negara lain mendapat Honda e yang lebih menarik dan lebih berpotensi tinggi.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen