window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia!

Khairil · Aug 22, 2021 02:00 PM

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 01

Sejak imej intipnya tertiris, ramai yang ternanti-nanti kelibat motosikal 'Adventure' Touring aras mula dari Honda. Dan penantian itu berakhir menerusi pelancaran CB200X di India dengan harga pengenalan menarik Rs 144,500 (RM 8,241).

Selepas imej motosikal berkenaan sedang menjalani tunggang uji tertiris, Honda Motor India kemudian memuatnaik beberapa siri video acah model berkenaan sejak awal bulan ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Juga baca: Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 01

Seperti motosikal ADV lain, Honda CB200X mempunyai kemampuan untuk mengharungi laluan lasak - seperti yang ditunjukkan dalam video promosi - dan datang dengan reka bentuk cukup menarik.

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 02

Seperti dijangka, Honda CB200X menggunakan platform Honda Hornet termasuk kerangka dari jenis diamond. Dari sudut trenkuasa, ia menggunakan enjin bersesaran 184.4 cc, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api PGM-Fi.

Juga baca: Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022!

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 03

Transmisi adalah lima kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 17 Hp pada 8,500 rpm, dengan tork maksimum 16.1 Nm pada 6,000 rpm.

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 04

Sebagai motosikal yang boleh meredah laluan off-road, Honda CB200X menggunakan fork depan jenis terbalik (USD) berwarna keemasan yang digandingkan monoshock di bahagian belakang.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 05

Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 276 mm di bahagian depan dan cakera tunggal 220 mm di bahagian belakang yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 1 saluran.

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 06

Antara ciri-ciri menarik dan moden yang melengkapi Honda CB200X termasuklah panel meter digital, sistem lampu LED sepenuhnya, Engine Stop Switch dan Hazard Switch.

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 07

Informasi lain adalah kapasiti tangki bahan api 12 liter, ketinggian pelana 810 mm, berat 147 kg (kerb weight) dengan set roda bersaiz 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 di bahagian belakang.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 08

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 09

Tiga pilihan warna menarik ditawarkan iaitu Sports Red, Matte Selene Silver Metallic dan Pearl Nightstar Black dengan motosikal ini sudah pun boleh ditempah di cawangan pengedar Honda Motor seluruh India.

Honda Motor India lancar CB200X 2021, harga RM 8.2k, mantap jika ditawarkan di Malaysia! 10

Tidak dapat dipastikan sama ada Honda CB200X ini namun menurut populariti 'abangnya' CB500X, ia berpotensi untuk 'panas' jika dilancarkan. Apapun, hanya Boon Siew Honda (BSH) mempunyai jawapannya.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda