window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k!

Khairil · Sep 28, 2022 07:00 PM

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 01

Selepas melancarkan kemas kini untuk Honda CBR250RR (2023) minggu lalu, Honda Motor Indonesia terus 'aktif' dan memperkenalkan versi terbaharu skuter aras mulanya, Honda Vario 125 (2023) yang tampaknya tidak mengalami begitu banyak perubahan.

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 02

Sedikit mengecewakan, terutama di bahagian reka bentuk, Honda Vario 125 (2023) tidak mengikuti lenggok Honda Vario 160 serba baharu dengan hanya perubahan kecil dibuat di bahagian panel tepi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 01

Malah, rekaan lampu depan dan belakang masih sama dan tiada yang berubah di bahagian badan belakang skuter yang dianggap antara terlaris di Indonesia ini berikutan harganya yang kompetitif.

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 02

Seperti kebiasaan untuk pasaran besar seperti Indonesia, ada 3 varian Honda Vario 125 (2023) ditawarkan yang dibezakan dengan pilihan warna, spesifikasi dan ciri iaitu:

  • Honda Vario 125 (2023) CBS (Combi Brake System) - Rp 22,350,000 (RM 6,755) Pilihan warna: Sporty Black, Sporty Red

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 03

Sporty Red

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 04

Sporty Black
  • Honda Vario 125 (2023) CBS-ISS (Combi Brake System-Idling Stop System) - Rp 24,000,000 (RM 7,253) Pilihan warna: Advance Matte Black

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 05

Advance Matte Black
  • Honda Vario 125 (2023) CBS-ISS SP (Combi Brake System-Idling Stop System Special) - Rp 24,250,000 (RM 7,329) Pilihan warna: Advance Matte White, Advance Matte Blue

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 06

Advance Matte Blue

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 07

Advance Matte White

Harga yang dipaparkan ketika pelancaran itu adalah OTR (On The Road) Jakarta.

Agak mengecewakan juga, trenkuasa Honda Vario 125 (2023) ini juga masih sama dengan versi terdahulu dan tidak dikemaskini seperti Honda Vario 160 yang menggunakan enjin baharu eSP+ dan 4 Injap.

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 08

Enjinnya kekal bersesaran 124.8 cc, 4 Lejang, 2 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Matic. 

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 09

Kuasa yang dihamburkan adalah 11.1 PS pada 8,500 rpm dan tork maksimum 10.8 Nm pada 5,000 rpm.

Juga baca: Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150!

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 10

Antara peningkatan yang diberikan kepada Honda Vario 125 (2023) ini adalah dari sudut cirinya dengan ia kini memiliki ciri 'Keyless', cakera dengan rekaan 'wavy', rim dan cermin sisi baharu serta mempunyai soket pengecas.

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 11

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 12

Begitupun, ciri 'Keyless' hanya tersedia untuk varian Honda Vario 125 (2023) CBS-ISS dan CBS-ISS SP.

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 13

Selaras dengan rim baharu, saiz tayar yang digunakan juga lebih besar 90/80-14 dan belakang 100/80-14 dengan ciri-ciri lain adalah seperti panel meter digital penuh pelbagai informasi dan sistem lampu LED penuh.

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 14

Informasi lain untuk skuter ini adalah seperti ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 18 liter, tangki bahan api 5.5 liter, suspensi fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dan berat 112 kg.

Honda Motor Indonesia lancar Honda Vario 125 (2023), 3 varian, paling murah RM 6.7k! 15

Honda Vario 150 di pasaran Malaysia

Di pasaran Malaysia, kali terakhir Boon Siew Honda mengemaskini penawaran Honda Vario 150 adalah pada tahun 2020 dan ditawarkan pada harga asas RM 7,499 ketika itu dan harga itu kekal ketika BSH mengumumkan harga baharu motosikalnya pada Mac lalu.

Juga baca: Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM 12.3k

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda