window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2?

Khairil · Dec 22, 2021 07:30 PM

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 01

Kehadiran Honda RS-X di pasaran Malaysia bulan lalu sememangnya cukup mengujakan. Tetapi tak menunggu masa yang lama, negara yang motosikal berkenaan membuat 'debut' dan dikenali sebagai Honda Winner X iaitu Vietnam berkemungkinan memperoleh versi atau generasi baharu, esok.

Perkembangan itu diperoleh berdasarkan video 'teaser' daripada Honda Motor Vietnam di laman Facebook rasmi syarikat itu sejak beberapa hari lalu.

Juga baca: Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 01

Jika melihat kepada video berkenaan, dapat dilihat ia adalah sebuah model 'moped' dengan lampu utama yang sememangnya mirip Honda Winner X.

Dan jika rekaannya berkemungkinan tidak mengalami perubahan besar, ia dijangka memperoleh naik taraf daripada sudut spesifikasi trenkuasa bagi meningkatkan prestasinya.

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 02

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 03

Di pasaran Vietnam, Honda Winner X berjaya mengganggu 'takhta' yang dipegang Yamaha Y15ZR atau Exciter pada satu ketika sebelum Yamaha mengambil kembali kedudukan itu menerusi penawaran baharu, Yamaha Exciter 155 VVA.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 04

Tampil sebagai model lebih moden dan berteknologi, kehadiran model yang turut dinamakan Yamaha Y16ZR di pasaran Malaysia itu memaksa Honda melakukan sesuatu terhadap Winner X yang sememangnya sudah memiliki rekaan yang cukup bergaya.

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 05

Berbalik kepada Honda Winner X V2, bukan satu masalah untuk syarikat sebesar Honda menaiktaraf sesuatu modelnya dengan mudah lebih-lebih lagi ia memang sudah mempunyai trenkuasa 160 cc yang ketika ini digunakan oleh model skuter, Honda PCX 160.

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 06

Selain sesaran enjin dan teknologi lebih canggih eSP+, ia juga berkemungkinan mendapat peningkatan dari sudut teknologi seperti klac Assist & Slipper seperti CBR150R 2021 dan sistem Kunci Pintar dan sebagainya.

Sebagai info, Honda Winner X dilancarkan buat pertama kali pada Julai 2019 jadi bukan sesuatu yang pelik untuk model berkenaan mendapat versi atau generasi terbaharu ketika ini.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

Honda Motor Vietnam lancar model baharu esok, adakah Winner X V2? 07

Apapun di Malaysia, kita layan dulu penawaran terbaharu daripada Boon Siew Honda, RS-X 2021 yang datang dengan penawaran harga menarik, RM 8,688 (asas).

Juga baca: Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda