window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu?

Haris ยท May 3, 2021 05:00 PM

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu? 01

PT Honda Prospect Motor, pengedar Honda di Indonesia baru sahaja usai mempertontonkan model baru Honda N7X Concept secara maya hari ini. Berdasarkan maklumat awal, Honda N7X concept ini adalah sebuah SUV 7 penumpang yang disasarkan khusus untuk pasaran Indonesia.

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model baharu ini masih lagi dalam versi konsep dan hanya melakukan pratonton awal secara global di Indonesia. SUV ini berkemungkinan besar akan dipasarkan di pasaran negara-negara membangun.

Honda Indonesia mendakwa maklum balas pelanggan di Indonesia menjadi dapatan kajian utama untuk pembangunan model ini.

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu? 01

Rekaan gril hadapan Honda N7X mirip Honda Odyssey dengan rekaan gril bertingkat manakala bentuk badan yang berkotak dengan rel bumbung mirip seperti Honda BR-V. Lampu hadapan juga dilihat bersepadu dengan rekaan gril di mana terdapat jalur LED sebagai lampu siang DRL.

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu? 02

Honda LaneWatch pada bahagian cermin sisi

Tiada sebarang spesifikasi trenkuasa yang diumumkan, namun pandangan awal mendapati bahawa Honda LaneWatch terpasang pada cermin sisi bahagian kiri. Nama N7X tersebut dikatakan akronim kepada New 7-seater eXcitement yang merupakan gabungan bentuk badan kenderaan yang paling popular di Indonesia dengan keseronokan memandu model ini.

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu? 03

Atas: BR-V facelift. Bawah: BR-V generasi pertama

Suatu perincian menarik adalah Honda N7X concept ini mempunyai rekaan gril 3 jalur yang mungkin memberi petanda ia adalah Honda BR-V generasi baharu. Untuk pengetahuan anda, Honda BR-V generasi pertama mempunyai 1 jalur gril manakala Honda BR-V facelift  2020 didatangkan dengan 2 jalur gril.

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu? 04

Apa-apa pun, Honda Indonesia turut mengumumkan bahawa Honda N7X concept boleh dilihat secara lebih dekat di Honda Dream’s Cafe di Jakarta, Indonesia. Responden Wapcar di sana dijangka akan melihat dengan lebih dekat model baharu ini untuk anda!

Bacaan Lanjut:

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global?

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda