Honda nak bagi 7 model 1 Million Edition secara percuma! Apa syaratnya?
Mersita Β· Mar 10, 2021 10:00 AM
0
0
Sejak model Honda dipasang tempatan (CKD) yang pertama (iaitu Honda CR-V generasi kedua) mula-mula dikeluarkan dari kilang Honda Malaysia di Alor Gajah, Melaka pada tahun 2003, syarikat itu mengambil masa hampir sedekad untuk mencapai angka kereta kesejuta.
Bagi meraikan pencapaian besar ini, Honda Malaysia telah menghasilkan tujuh buah model eksklusif “1 Million Edition” yang satu-satunya ada untuk setiap model Honda yang dijual di pasaran sekarang.
Anda berpeluang memenangi salah satu daripada tujuh model eksklusif ini melalui Kempen 1 Million Dreams. Sebelum kami ceritakan bagaimana caranya untuk menang, jom kita lihat dulu model-model istimewa ini dengan lebih dekat lagi.
Semua model Honda 1 Million Edition ini bercat warna putih dengan atap hitam dan perincian berwarna merah yang menghiasi bahagian hadapannya serta cermin sisi yang juga diberi kemasan hitam berkilat.
Boleh teka nama model Honda dengan hanya melihat rimnya?
Tambahan pula, setiap kereta-kereta istimewa ini didatangkan dengan rim hitam berserta perincian merah. Siap ada lencana “1 Million Dreams” di kedua-dua belah ‘fender’ hadapan!
Di ruang dalamannya pula, setiap satu dilengkapi dengan logo “1 Million Dreams” yang dipasang kemas pada papan pemukanya, sarung penyandar kepada kulit bercorak timbul “1 Million Dreams”, serta balutan stereng kulit dengan jahitan berwarna merah serta garisan merah di puncak sterengnya.
Menambah lagi kepada keunikannya adalah sarung kunci kulit edisi istimewa!
Berminat untuk memenangi salah satu daripada tujuh model eksklusif ini? Anda boleh sertai Peraduan 1 Million Dreams dengan menghantar entri anda di mana-mana pengedar sah Honda ataupun melalui laman sesawang rasmi Honda Malaysia.
Ada 6 aktiviti yang boleh anda sertai bagi meningkatkan peluang anda untuk menang:
Kumpul entri dengan memuatnaik aplikasi mudah-alih HondaTouch dan daftar
Main 1 Million Dreams Quiz Game di laman sesawang Honda Malaysia
Pandu-uji kereta Honda
Tempah kereta Honda baharu
Servis atau baiki kereta Honda
Daftar kereta Honda baharu
Aktiviti-aktiviti ini mestilah disertai dalam tempoh Kempen 1 Million Dreams yang bermula dari 25 Febuari sehingga 24 Mac 2021.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.