window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat

Khairil ยท Dec 13, 2020 02:00 PM

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 01

Bagi peminat jentera 'Adventure' kelas pertengahan di negara ini, model Honda NC750X 2021 mungkin antara yang dinanti-nantikan.

Honda, baru-baru ini melancarkan varsi terbaru NC750X yang hadir dengan beberapa peningkatan antaranya lebih ringan selain kuasa yang dijana enjinnya turut bertambah.

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin Parallel twin berkuasa 745cc itu kini menghasilkan 58 kuasa kuda pada aras 6750 rpm (lebih 600 rpm) dengan tork maksimum 69Nm pada 4750 rpm, lebih 3 kuasa kuda berbanding model sebelum ini.

NC750X (2021) turut dibekalkan dengan tiga mod tunggangan, serta tambahan mod 'Kustom' bagi varian teratas Dual Clutch Transmission (DCT).

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 01

Dengan peningkatan kuasa, perubahan terhadap ratio gear turut berlaku dengan tiga gear awal lebih rendah berbanding model tahun lalu sekali gus meningkatkan kuasa pecutan dan menjadikan tunggangan lebih sporty.

Honda juga menyatakan sistem Teknologi Honda Selectable Torque Control yang baru turut diperkenalkan bagi menyesuaikan compression untuk mengelak gelinciran ketika proses pengurangan kelajuan.

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 02

Bagi memperoleh lebih keselesaan, suspensi NC750X juga lebih pendek dengan ketinggian fork dipendekkan 0.7 inci manakala suspensi belakang juga turun sebanyak 1.2 inci.

Berikutan itu, ketinggian kedudukan tempat duduk juga kini hanyalah 31.5 inci, 1.2 inci lebih rendah berbanding model sebelumnya sekali gus menyaksikan ia mungkin kurang digemari penunggang yang gemar mengharungi laluan lasak.

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 03

Dari sudut berat, NC750X 6 kilogram lebih ringan berbanding model sebelum ini dan ratio gear yang lebih pendek bagi tiga gear awal bagi menjadikan tunggangan lebih sporty.

Berdasarkan reka bentuk, tidak banyak yang berubah namun Honda menyatakan Fairing bagi NC750X dikecilkan sedikit manakala paparan panel dinaiktaraf kepada LCD warna penuh.

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 04

Dari sudut praktikaliti, ia turut menunjukkan peningkatan dari sudut ruang simpanan yang kini berkapasiti 23 liter.

Tetapi tetap mengekalkan penjimatan minyak yang sama seperti model sebelum ini.

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 05

Bagi kemas kini baharu ini, jelas NC750X 2021 lebih fokus kepada prestasi di jalan raya berbanding 'offroad'.

Honda NC750X 2021, lebih ringan, prestasi dipertingkat 06

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda