window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k!

Khairil · Oct 22, 2021 04:00 PM

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 01

Selepas beberapa tahun berada dalam fasa pembangunan, Honda akhirnya melancarkan model yang dinanti-nantikan penggemar 'Sport touring', Honda NT1100 2022 yang dibina menggunakan platform model popularnya, Africa Twin.

Begitupun apa yang lebih menarik, selain menggunakan asas Africa Twin, rekaan Honda NT1100 2022 juga tampak mengambil inspirasi sebuah lagi model popular jenama berkenaan iaitu skuter 'Adventure', Honda X-ADV 750.

Juga baca: 5 ciri menarik Honda CRF1100L Africa Twin di Malaysia

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 01

Seperti Africa Twin, NT1100 2022 turut menggunakan kerangka 'steel semi-double-cradle' dan subfram 'bolt-on aluminum' selain enjin yang sama, 1,084 cc Parallel Twin, Penyejuk Cecair, SOHC, 8 Injap.

Justeru, kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 101 Hp pada 7,250 rpm dan tork 104 Nm pada 6,250 rpm dengan Honda melakukan pelarasan terhadap bahagian 'intake' dan ekzos bagi pecutan yang lebih lancar.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 02

Sistem transmisi juga sama seperti Africa Twin iaitu kotak gear jenis klac berkembar (DCT) selain versi transmisi manual 6 kelajuan yang lengkap dengan ciri quickshifter bersama fungsi auto blip.

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 03

Seperti model aras tinggi dan moden lain, Honda NT1100 2022 turut dipadankan dengan teknologi Throttle-by-Wire (TBW) yang menawarkan tiga mod tunggangan iaitu Urban, Rain dan Tour. Selain itu, turut disediakan adalah dua mod kustom mengikut keseuaian penunggang.

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 04

Untuk memenuhi personaliti NT1100 2022 sebagai jentera 'Sport touring', Honda melakukan talaan di bahagian suspensi menerusi penggunaan fork jenis terbalik (USD) yang lebih mesra jalan raya dari jenama Showa 43 mm dengan jarak 'travel' 150 mm.

Suspensi belakang pula menggunakan penyerap hentak tunggal Showa monoshock dengan jarak 'travel' 150 mm lengkap dengan ciri boleh laras.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 05

Tidak seperti Africa Twin yang menggunakan rim bersaiz 21 dan 18 inci, NT1100 2022 menggunakan rim aluminium bersaiz 17 inci depan dan belakang dengan saiz tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).

Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar 310 mm bersama kaliper 4 piston di bahagian depan dengan cakera tunggal 256 mm 1 piston di bahagian belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 06

Seperti Africa Twin, kluster meter NT1100 2022 juga menggunakan skrin berkembar iaitu panel utama TFT berwarna bersaiz 6.5 inci lengkap sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto selain meter LCD yang memaparkan pelbagai informasi lain.

Juga baca: BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 07

Ciri-ciri standard yang turut diberikan kepada Honda NT1100 2022 adalah seperti penamas terotel, Kawalan Jelajah dan kotak pengembara bersaiz 65 liter.

Informasi lain adalah seperti ketinggian pelana 820 mm, kapasiti bahan api 20.4 liter, berat 238 kg (versi manual) dan 248 kg (versi DCT).

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 08

Matte Iridium Gray Metallic 

Pilihan warna yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Matte Iridium Gray Metallic 
  • Pearl Glare White
  • Graphite Black

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 09

Pearl Glare White

Honda NT1100 2022 dilancar, rekaan mirip X-ADV, guna platform Africa Twin, harga RM 68k! 10

Graphite Black

Untuk harganya, ia dijual pada tanda harga £ 11,999 (RM 68,802) untuk versi manual dan versi DCT, harganya lebih mahal iaitu £ 12,999 (RM 74,526) dan ketika ini, Honda NT1100 2022 ini hanya dijual di pasaran Eropah.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda