window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi?

Haris ยท Jun 17, 2021 04:00 PM

Honda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi? 01

Dalam satu kenyataan, Honda telah mengumumkan bahawa MPV Honda Odyssey bakal ditamatkan pengeluaran pada bulan Disember 2021, di mana penjualan akan berakhir sejurus saja stok dihabiskan. Model Honda yang dimaksudkan adalah Honda Odyssey generasi ke-5 (2nd) facelift.

Honda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi? 02

Ini berikutan daripada berita bahawa Honda akan menutup kilang Sayama, Jepun yang sudah lama. Selain daripada Odyssey, model sedan Honda Legend dan Honda Clarity juga dipasang di sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi? 01

Secara teknikalnya, nama Odyssey akan terus digunakan pada model MPV di Amerika Syarikat namun bukan Honda Odyssey yang kita kenali sekarang.

Sementara itu, jualan Honda Odyssey di Jepun juga tidak begitu memberangsangkan, dan secara konsisten tidak dapat menandingi Toyota Alphard dan juga rakan seperjuangan Honda Step WGN.

Honda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi? 02

Pada bulan Mei 2021, Honda menjual hanya 1,504 unit Odyssey berbanding 2,118 unit Step WGN, masing-masing meletakkan mereka di tangga ke-25 dan ke-22 dalam kedudukan penjualan kereta 50 teratas bulan ini.

Alphard melonjak jauh di hadapan dengan 5,947 unit terjual, meletakkannya di tempat ke-7 dalam senarai yang sama.

Honda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi? 03

Buka pintu tanpa sentuh, hanya luncurkan tangan 

Seperti biasa, Honda Odyssey yang dijual di Malaysia adalah model import sepenuhnya (CBU Jepun). Walaupun bakal dihentikan pengeluaran, kita mungkin masih boleh berharap untuk Honda Odyssey (2rd) facelift ini menjengah ke Malaysia. Hal ini kerana Honda masih mempunyai baki stok untuk dijual walaupun kilang tersebut ditutup.

Honda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi? 04

Honda Odyssey pasaran Malaysia

Model pasaran Malaysia adalah model Honda Odyssey (1st) facelift. MPV ini juga bukanlah model popular Honda di sini dengan hanya 1 varian, 2.4 EXV yang berharga RM 249,394. Masih ada yang bakal merindui Honda Odyssey nanti?

Bacaan Lanjut:

Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi

Honda Odyssey 2021: Kini dengan brek parkir elektronik (EPB) dan pintu gelangsar dengan kawalan isyarat

Spyshot: Facelift kedua untuk Honda Odyssey, akan tiba di Malaysia pada 2021?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Odyssey 2.4 EXV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda