window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez!

Khairil ยท Jul 15, 2021 07:00 PM

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez! 01

Bersaing dalam segmen 'naked' 200 cc yang kompetitif di pasaran China, Honda memperkenalkan motosikal bergaya Neo-Retro CB190TR 2021 Special Edition (SE) yang mendapat sentuhan 'tak rasmi' pelumba sensasi MotoGP, Marc Marquez.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

Tiada perbezaan dari sudut reka bentuk berbanding model sedia ada namun Honda CB190TR 2021 SE tetap menawarkan kelainan terutama menerusi pilihan warna ekslusif iaitu kelabu (Grey) baharu yang dipadankan dengan aksen hitam dan merah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez! 01

Dan menyebabkannya ia digelar model istimewa 'tak rasmi' Marquez adalah menerusi penggunaan pelekat nombor 93 di bahagian panel tepi motosikal berkenaan, angka yang sinonim dengan juara dunia lapan kali itu.

Selain warna dan grafik istimewa, CB190TR 2021 SE turut datang dengan penghadang angin kecil di bahagian atas lampu depan. Selain itu, ia turut datang dengan aksesori 'pelik' iaitu penghadang radiator palsu.

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez! 02

Bagi menambahkan daya penarik dan tahap ekslusif, sarung pelananya adalah daripada jenis kulit.

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez! 03

Dari sudut trenkuasa, Honda CBF190TR 2021 SE menggunakan enjin yang sama dengan versi standard iaitu 184.4 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, Penyejuk Udara, yang menghasilkan kuasa 16.6 Hp pada 8,000 rpm dan tork 16.3 Nm pada 7,000 rpm.

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez! 04

CBF190TR 2020

Sistem transmisi pula adalah 5 kelajuan klac manual. Seperti model lain dalam siri CB Honda, lampu hadapan CBF190TR 2021 SE juga direka bulat menggunakan projektor LED selain lampu siang DRL.

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez! 05

Suspensi digalas oleh fork dari jenis terbalik (USD) manakala belakang dikawal oleh monoshock boleh laras.

Juga baca: BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Untuk ciri-ciri keselamatan, motosikal ini menggunakan brek cakera depan dan belakang dan turut dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran di kedua-dua roda dan penggunaan panel meter LCD.

Honda perkenal CB190TR 2021 SE, peroleh sentuhan 'tak rasmi' Marc Marquez! 06

Untuk harga, ia dijual pada angka RMB¥ 17,580 (RM 11,415). Malangnya, model ini tidak dijual di pasaran Malaysia dengan 'saudara' terdekatnya, CB250R dijual pada harga RM 22,999 ketika dilancarkan pada 2019.

Sumber: RideApart

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda