window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda perkenalkan Ashirase, anda boleh jalan lebih laju ala-VTEC Turbo!

Mersita · Jun 30, 2021 10:00 AM

Honda perkenalkan Ashirase, anda boleh jalan lebih laju ala-VTEC Turbo! 01

Ciptaan terbaru Honda, Ashirase, bakal mengubah cara kita berjalan kaki di dunia moden ini. Ashirase ialah sebuah peranti sistem navigasi dalam kasut yang direka untuk pergerakan lebih selamat dan mudah terutama sekali bagi golongan kurang/tiada daya penglihatan.

 Ashirase Inc. – anak syarikat dibawah Ignition dari program pembentukan perniagaan diterajui Honda – berjaya mencipta sistem berteknologi canggih ini.

Ashirase direka untuk dipasang pada kaki atau kasut individu yang kurang/tiada daya penglihatan dan ia berfungsi dengan mengeluarkan gegaran halus pada bahagian kaki tertentu sebagai tanda arah bagi penggunanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda perkenalkan Ashirase, anda boleh jalan lebih laju ala-VTEC Turbo! 01

Pengarah Ashirase, Wataru Chino

Secara spesifiknya, untuk mengarahkan pemakainya supaya maju ke hadapan, peranti ini akan bergegar di bahagian hadapan kaki. Jika sistem navigasi berkenaan menyuruh pemakainya pergi ke kiri atau kanan, peranti ini akan bergegar di sebelah kiri atau kanan kaki bagi arah tuju masing-masing.

Cara penggunaannya juga cukup mudah – pemakainya hanya perlu memasukkan destinasi yang hendak dituju di dalam aplikasi mudah-alih Ashirase dan peranti ini akan mula memberi arahan untuk menuju ke lokasi berkenaan.

Honda perkenalkan Ashirase, anda boleh jalan lebih laju ala-VTEC Turbo! 02

Selain dari itu, perekanya juga telah menerapkan kebolehan intuitif di dalam sistem ini supaya ia boleh memahami laluan dengan lebih berkesan.

Dengan menghantar signal arah-tuju ke bahagian kaki, pemakainya boleh bergantung kepada arahan fizikal ini dan bukannya mendengar arahan suara dari telefon pintar sahaja sebagai indikasi tunggal. Malah, mereka boleh menumpukan perhatian kepada bunyi dan suara lain di persekitaran mereka untuk lebih keselamatan.

Honda perkenalkan Ashirase, anda boleh jalan lebih laju ala-VTEC Turbo! 03

Tambahan pula, penggunaan Ashirase boleh memudahkan pengguna yang terpaksa memegang tongkat ketika berjalan memandangkan penggunaan telefon bimbit sudah berkurang.

Syarikat itu berharap peranti ini sudah boleh mula dijual pada suku pertama tahun 2023.

Honda Ignition merupakan program penghasilan perniagaan baru oleh Honda yang membolehkan kakitangan Honda untuk membentangkan idea serta rekaan yang boleh membantu menyelesaikan isu-isu sosial di Jepun. Semua kakitangan sepenuh masa Honda di Jepun dibenarkan untuk menghantar cadangan mereka.

Jika idea berkenaan diterima, Honda akan memberi sumbangan kepada usaha penyelidikan dan pembangunan produk tersebut dan seterusnya mengkomersialkan produk serta idea itu samada di dalam syarikat ataupun menerusi usaha ‘start-up’.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda