Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN?

Haris · Mar 17, 2021 09:00 AM

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN? 01

Kementerian Perindustrian Indonesia telah mengesahkan bahawa Honda bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran menjelang tahun 2024 di negara tersebut berikutan penutupan kilang di India. Sebanyak IDR 5.2 trilion (RM 1.49 bilion) diperuntukkan untuk langkah tersebut.

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN? 02

Menperin Agus Gumiwang Kartasasmita

Kenyataan itu dibuat selepas lawatan rasmi Menteri Perindustrian ke ibu pejabat Honda di Jepun mengenai pelaksanaan protokol kesihatan ketat di Tokyo, Jepun.

"Honda komited untuk meningkatkan pelaburan sekitar Rp 5,2 triliun sehingga tahun 2024. Ini termasuklah pembangunan model baru yang akan dibangunkan di Indonesia. Kami akan terus mendorong kegiatan pembangunan di Indonesia," ujar beliau dalam sidang satu media maya.

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN? 01

Agus Gumiwang juga menyatakan bahawa Honda mempunyai perancangan untuk mengeksport model baru tersebut ke 31 negara, termasuk Malaysia. Model ini hanya akan dihasilkan di Indonesia.

Pelaburan yang dilakukan Honda ke Indonesia juga meliputi aspek memperluas eksport komponen automotif. Pada masa ini, Honda mengeksport komponen buatan Indonesia ke 9 negara termasuk Thailand, Pakistan, India, Arab Saudi, dan banyak lagi.

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN? 02

Sebelum ini, terdapat ura-ura di mana Honda akan membangunkan sebuah SUV kompak dalam menyaingi model Toyota Raize. Calon awal yang disebut-sebut adalah Honda WR-V yang telah dijual di pasaran India dan Brazil.

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN? 03

SUV terbaru ini tidak akan menggantikan Honda HR-V yang juga di dalam segmen yang sama, hanya melengkapi barisan produk dan menyaingi model SUV kompak seperti Daihatsu Rocky dan Nissan Kicks.

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN? 04

Honda bergelut dengan wabak pandemik Covid-19 yang menyaksikan penutupan kilang di UK dan India. Walaubagaimanapun, di Malaysia - pasaran unik di mana Honda mendominasi - menerima komitmen terbaik dari Honda termasuklah tawaran memenangi hadiah kereta percuma.

Bacaan Lanjut:

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L?

Honda ZR-V, SUV segmen B baharu untuk menyaingi Toyota Raize / Daihatsu Rocky?

Honda akan hadir dengan SUV kompak untuk saingi Perodua D55L?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru