window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama!

Faisal · Dec 5, 2021 11:59 AM

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 01

Honda merupakan antara jenama kereta paling popular di Malaysia. Kalau anda perasan, Ia sentiasa berentap dengan Toyota untuk merangkul gelaran kereta buatan luar ‘Nombor 1’ di tanah air kita.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 02

Bagi mereka yang belum tahu, lambang ‘H’ telahpun dianggap oleh rakyat jelata sebagai satu simbolik kejayaan. Kiranya, impak jenama dari Jepun ini betul-betul menjadi di Malaysia tetapi kalau anda perasan, model recond Honda seperti tiada langsung di jalan raya kita.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 01

Honda Stepwgn Spada yang dilihat di Malaysia.

Perkara sebegini tidak berlaku pada Toyota. Bahkan model recond Nissan pun ada berlegar di sekitar Lembah Klang.

Sebenarnya, pengimport kereta memang ada bawa masuk Honda Odyssey Absolute dan Stepwgn yang mana ia terkenal dengan pintu but belakang yang cukup pintar. Kalau anda nak tahu, Nissan Serena pun tidak ada daya tarikan seperti model ini.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 02

Apapun, ada sebab kenapa model recond Honda tidak begitu dibeli oleh rakyat Malaysia.

Sebab #1: Isu imej Honda di Jepun

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 03

Sambutan buat Honda Fit dan Vezel di pasaran Jepun cukuplah hangat tetapi hanya dua model ini sahaja yang betul-betul menjadi.

Juga bacaHonda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda?

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 04

Model Honda seperti CR-V, Civic dan Accord pula cukup popular di luar negara. Malah untuk tahun 2020, CR-V adalah kereta ketiga paling laku di dunia. Namun begitu, pengedar di Jepun mengalami kesukaran untuk menjual model ini.

Juga bacaToyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 05

Menurut analisis jualan Japan Automobile Dealers Association (JADA), Hanya 671 unit Honda Civic terjual pada bulan Ogos. Walaupun dengan generasi baru, sedan segmen C ini hanya dapat menduduki tangga ke-47.

Juga bacaHonda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan!

Sebagai perbandingan, Toyota Corolla (tangga ke-5) dan Mazda 3 (tangga ke-36) dalam bulan yang sama dengan mudahnya memotong jualan Civic di Jepun, masing-masing pada 7,108 unit dan 890 unit.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 06

Untuk CR-V dan Accord, kedua-dua model ini juga tidak tersenarai dalam carta bulanan bagi kategori 50 teratas. Kali terakhir CR-V tersenarai pun adalah pada November 2020 iaitu dengan jualan sebanyak 725 unit.

Walaupun dapat masuk dalam carta, Nissan X-Trail dan Mazda CX-5 tetap lebih laku, dengan masing-masing terjual sebanyak 1,869 unit dan 1,688 unit.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 07

Apapun, Honda tetap berjaya dalam segmen lain, khususnya di pasaran kereta Kei. Untuk pengetahuan anda, jualan Honda N-Series telah meletakkan Honda sebagai antara jenama paling laku dalam segmen kereta Kei di Jepun.

Pada Ogos yang lalu, jualan N-Box yang mencecah 13,229 unit telah meletakkan Honda sebagai nombor 1 dalam segmen kereta Kei. Malah, ia jauh meninggalkan tempat kedua yang disandang oleh Suzuki Spacia (4,000 unit).

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 08

Kiranya, Honda tiada masalah dalam menjual kereta Kei tetapi untuk kereta biasa, kebanyakkan agak sukar, terutama jika dibandingkan dengan Toyota. Untuk Ogos 2021, syarikat gergasi Jepun itu menjual sebanyak 6,483 Alphard, manakala Honda Odyssey hanya terjual sebanyak 1,635 unit.

Juga bacaHonda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi?

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 09

Begitu juga dengan Honda Stepwgn (2,907 unit) dimana sambutannya hambar berbanding Nissan Serena (4,303 unit) dan Toyota Voxy (4,243 unit).

Juga bacaToyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 10

Walaupun dengan teknologi inovatif seperti pintu ‘Waku-waku’, Honda tetap bukan pilihan pertama dalam kalangan pembeli kereta besar di Jepun.

Sebab #2”: Model terlalu unik

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 11

Disebabkan Honda sendiri tidak berapa laku di Jepun, model recond mereka juga tidak akan ada banyak. Apa yang selalunya ada hanya Honda S660, Civic Type R dan N-Box.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 12

Model-model ini pula terlalu unik buat rakyat Malaysia. Kalau dilihat, ia lebih untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 13

Secara amnya, Honda N-Box cukup luas dan ada pintu gelangsar elektronik. Honda S660 pula sebuah sportscar kompak (roadster) yang diilhamkan oleh Honda Beat sekitar tahun 90-an. Walaupun hanya dengan enjin 0.6L turbo dan harga sama seperti Honda Civic 1.5 TC-P, mereka tetap lebih istimewa.

Juga bacaKenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 14

Kemudiannya kita ada Civic Type R. Walaupun ada dijual oleh Honda Malaysia, ramai juga yang inginkan model recond.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 15

Honda Jade.

Sebenarnya, pengedar recond ada mengimport model Honda seperti Odyssey Absolute dan Stepwgn. Malah sesetengah daripada mereka juga ada membawa masuk Honda Jade, iaitu MPV 5+2 penumpang yang berasaskan Civic generasi FB tetapi model ini sudah lama.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 16

Namun begitu, Nissan Juke yang unik seperti model recond Honda yang disebutkan ini tetap lebih banyak di jalan raya kita.

Juga bacaCuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh

Sebab #3: Saingan dari Honda Malaysia

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 17

Antara model recond Honda yang popular di Singapura, Freed.

Kalaulah Malaysia ada pasaran terbuka macam Singapura, mungkin lebih banyak model recond Honda yang ada atas jalan raya kita tetapi realitinya bukan begitu.

Juga bacaHonda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 18

Mari kita ambil Honda HR-V sebagai contoh. Jikalau pengedar recond ada bawa masuk Honda Vezel dari Jepun, harganya mungkin lebih mahal daripada Honda HR-V RS (RM 119k) – dengan duti dan cas yang lain.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 19

Kalau difikirkan secara logik, tiada siapapun yang sanggup belanja lebih untuk sesuatu yang telah ada unit rasmi dan berharga lebih murah. Lagipun, kredibiliti kereta baharu dan tempoh waranti yang panjang sememangnya tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

Juga bacaBerminat dengan kereta terpakai tapi risau ‘mileage’ yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa!

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 20

Sebelum ini, pengedar kereta import seperti USF-Hicom ada membawa masuk model Honda seperti Stepwgn dan Elysion. Naza World juga pernah mengimport Honda Stream yang satu masa dulu pernah dijual oleh Honda Malaysia.

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 21

Kalau anda nak tahu, Honda Malaysia menjual Stream pada RM 149,800 dengan waranti 3 tahun. Naza pula menjualnya pada harga RM 186,000 dengan waranti 1 tahun. Memang tiada peluang la cerita dia kan?

Juga bacaApa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia?

Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama! 22

Secara keseluruhan, model recond Honda sememangnya tidak berapa laku berbanding jenama Jepun yang lain. Hal ini disebabkan oleh saingan harga dari Honda Malaysia dan faktor jualan di negara Jepun sendiri. Apapun, model recond Honda tetap berbaloi untuk mereka yang mahukan lambang ‘H’ yang lebih menyerlah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda