Honda Prologue 2024 diumumkan - SUV terbaru Honda, bukan sekadar HR-V elektrik!

Haris · Jun 30, 2021 09:00 AM

Honda Prologue 2024 diumumkan - SUV terbaru Honda, bukan sekadar HR-V elektrik! 01

Gambar bertujuan untuk ilustrasi sahaja

Honda dan General Motors (GM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang menyaksikan kedua-dua syarikat gergasi automotif itu bekerjasama untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran Amerika Utara pada September 2020.

Model konsep pertama telah diumumkan dan disebut sebagai Honda Prologue. SUV ini dirancang untuk melakukan debut pada awal tahun 2024.

Selain namanya, tiada sebarang maklumat lain yang didedahkan. Walau bagaimanapun, SUV ini akan menggunakan platform EV global yang fleksibel dan dibangunkan bersama-sama GM.

Honda Prologue didakwa akan dikuasakan oleh bateri Ultium milik GM sendiri yang dapat meliputi jarak hingga 640 km untuk satu bateri penuh.

Honda Prologue 2024 diumumkan - SUV terbaru Honda, bukan sekadar HR-V elektrik! 01

Acura MDX dipaparkan, bukan model hibrid

Selain Honda Prologue, Honda juga mengumumkan bahawa jenama Acura akan tampil dengan SUV elektrik sepenuhnya dan akan dilancarkan pada tahun yang sama. Pengeluar kereta Jepun itu juga merancang untuk melancarkan siri baru model EV pada separuh kedua dekad ini berdasarkan platform baru oleh Honda bernama e:Architecture.

Honda Prologue 2024 diumumkan - SUV terbaru Honda, bukan sekadar HR-V elektrik! 02

Perlu diingatkan bahawa Honda pernah melancarkan prototaip SUV e:prototype pada Shanghai Auto Show 2021 yang berasaskan Honda HR-V elektrik.

Model ini berbeza dengan Honda Prologue kerana model HR-V pasaran Jepun dan Eropah mungkin berbeza dengan model HR-V pasaran Amerika Utara.

Honda Prologue 2024 diumumkan - SUV terbaru Honda, bukan sekadar HR-V elektrik! 03

Honda Prologue melambangkan era baru bagi Honda di Amerika Utara yang memberi fokus untuk pelepasan karbon sifar 100% menjelang tahun 2040. Sementara itu, jualan kenderaan elektrik semakin mapan dengan model Honda CR-V Hibrid dan Accord Hibrid mengekalkan momentum dalam 3 tahun terakhir dengan menerajui pasaran.

Bacaan Lanjut:

Toyota Prius C (Aqua) serba baharu diintip di Jepun, hibrid kegemaran ramai kini kembali?

Honda Civic Type R serba baru dan Civic hibrid e:HEV bakal tiba pada tahun 2022

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru