window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas?

Khairil · Apr 26, 2022 06:30 PM

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas? 01

Seorang pemilik motosikal Honda RS-X terpaksa berdepan hakikat pahit apabila motosikal kesayangannya kini hanya tinggal rangka selepas 'dibarai' pencuri. Lebih mengecewakan, kejadian berlaku di lokasi yang boleh dianggap selamat iaitu Putrajaya.

Perkongsian mengenai kejadian pilu itu dibuat di laman Facebook oleh pemilik akaun dengan nama Suhaili Sulaiman dengan 'tragedi' itu dikatakan disedari pada pagi tadi.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas? 01

Sumber imej: FB Suhaili Sulaiman

Suhaili dalam perkongsiannya berserta gambar berkata motosikal yang menjadi mangsa pencuri itu adalah milik abangnya dan kejadian berlaku di bawah blok perumahan penjawat awam Presint 18R13.

"Dugaan Allah. Motor abang saya kena kopak habis 'coverset', 'head light', meter semua di curinya. Hati-hati kawan-kawan kawasan Putrajaya."

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas? 02

Lebih menyedihkan, Suhaili berkata motosikal berkenaan digunakan untuk mencari rezeki dan pihaknya tidak mampu untuk mencari RM 3k ke RM 4k untuk memperbaiki kembali motosikal itu dengan Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi.

Juga baca: BSH umum harga terkini, Honda RS-X naik harga, ADV 150 kekal!

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas? 03

"Harapan saya kepada pencuri ni semoga pulangkan balik semua barang-barang ini. Letak dengat lif atau tempat motor yang awak buka tu. Semoga di bulan Ramadan awak diberikan hidayah."

Sementara itu, seorang wanita dengan profail Ina Rin di Facebook memberitahu motosikal itu adalah milik suaminya dan ia dibeli untuk tujuan mengelak sesak ke tempat kerja dan ia sudah pun dikunci menggunakan mangga di cakera depan dan belakang.

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas? 04

"Orang jahat ni tak angkut seketul, dia baraikan semua. Lagi teruk tanggung kos sebab tak boleh buat tuntutan insuran. Hitung-hitung, banyak ribu juga nak dapat ke rupa asal. Kena buat sikit-sikit."

Sebagai info, Honda RS-X baru saja dilancarkan pada November tahun lalu di pasaran Malaysia dan mendapat sambutan yang menggalakkan susulan reka bentuknya yang cukup menarik.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas? 05

Selain reka bentuknya yang memang memikat, apa yang membuatkan Honda RS-X menjadi idaman adalah harganya yang lebih murah berbanding pencabarnya terutama dari jenama Y.

Sekalipun dijual pada harga asas RM 8,688 ketika tarikh pelancarannya, harga asas terbaharu untuk Honda RS-X pada tahun 2022 adalah RM 9,550.

Honda RS-X 'dipepah' penyangak sampai tinggal 'rangka' di Putrajaya, dah jadi barang panas? 06

 

Sebelum ia tiba di Malaysia, ramai pemilik Honda RS150R di Malaysia seperti tidak sabar menantikan kehadiran dan melaburkan ribuan ringgit untuk melakukan 'convert' ke model berkenaan yang sememangnya 'hensem'.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda