window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda?

Haris ยท Oct 3, 2021 10:00 AM

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 01

Dasawarsa ini, Honda telah memintas Toyota untuk menjadi jenama kereta bukan tempatan nombor 1 di Malaysia. Walaupun Toyota mempunyai reputasi kebolehtahanan yang terbaik, aspek ini sahaja bukanlah ciri paling utama bagi kebanyakan pembeli di sini.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 02

Beberapa model Honda berjaya menjadi peneraju utama di dalam segmen masing-masing. Populariti Honda ini sepatutnya diambil peluang oleh peniaga recond untuk membawa lebih banyak lagi model Honda ke pasaran kita tapi perasan tak, sebaliknya pula yang terjadi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 01

Honda Stepwgn Spada di Malaysia, kalau tak beri tahu mungkin tak tahu

Berbanding Toyota (atau termasuk Lexus), model recond Honda walaupun ada, tak sebanyak jenama-jenama Jepun lain. Kalau model Jerman, lagi banyak. Model-model recond seperti Harrier, Alphard dan Vellfire mendominasi tetapi model recond Honda, apa yang ada?

Sekadar menyebut beberapa model seperti Honda Odyssey, Honda N-Box dan Honda Stepwgn, model-model Honda ini tidak begitu gah atau terkenal di kalangan penjual recond. Adakah ini satu konspirasi peniaga?

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 02

Oleh itu, di sini Wapcar mengupas beberapa sebab yang menjadi batu penghalang kepada kekurangan model-model recond Honda di Malaysia. 

Alasan #1: Honda ada isu imej di Jepun

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 03

Honda Fit (Honda Jazz) dan Honda Vezel (Honda HR-V) adalah 2 model terbaru Honda yang menerima sambutan hangat daripada pembeli di Jepun. Namun, sambutan terhadap model lain sekadar suam-suam kuku sahaja.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 04

Bagi model seperti Honda CR-V, Honda Civic, dan Honda Accord pula, ia meniti populariti secara global di luar Jepun bahkan Honda CR-V adalah kenderaan ketiga terlaris di dunia pada tahun 2020. Sungguhpun begitu, pengedar Honda Jepun dilaporkan bertungkus lumus untuk membawanya keluar dari bilik pameran.

Baca: Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 05

Tidak, kami tidak berjenaka. Menurut data penjualan JADA (Japan Automobile Dealer Association) terbaru, Honda hanya menjual sekitar 671 unit Honda Civic di negara itu pada bulan Ogos 2021, meletakkannya di kedudukan ke-47 walaupun menerima nafas baru dengan generasi ke-11 yang terkini.

Sementara itu, Toyota Corolla (5) dan Mazda 3 (36) dengan mudah memintas Honda Civic di Jepun dengan 7,108 unit dan 890 unit masing-masing dijual pada bulan yang sama.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 06

Lebih mengejutkan, kedua-dua model CR-V dan Accord tidak termasuk di dalam senarai 50 kenderaan terlaris bulanan tahun ini dengan penampulan terakhir Honda CR-V dalam senarai tersebut adalah pada bulan November 2020 di tempat ke-50 dengan 725 unit terjual.

Pesaing seperti Nissan X-Trail dan Mazda CX-5 dengan mudahnya mengatasi Honda CR-V pada bulan itu dengan 1,869 dan 1,688 unit.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 07

Jika kita melihat kepada segmen berbeza, Honda sebenarnya masih berjaya, terutamanya dalam pasaran kereta Kei (Kei-car). Secara kolektif, penjualan Honda N-Series menjadikan Honda jenama paling laris dalam segmen kereta Kei di Jepun.

Pada bulan Ogos 2021, Honda menjual 13,229 unit Honda N-Box yang meletakkannya di tempat pertama, jauh meninggalkan Suzuki Spacia di tempat kedua dengan hampir 4,000 unit.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 08

Honda tidak mempunyai masalah untuk menjual kereta Kei tetapi bagi segmen kereta biasa, kebanyakan model gagal mendapat tempat, lagi-lagi jika dibandingkan dengan Toyota. Syarikat gergasi Jepun itu menjual 6,483 unit Alphard pada bulan Ogos sahaja berbanding 1,635 unit Honda Odyssey yang dijual dalam tempoh yang sama.

Baca: Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan?

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 09

Perkara yang sama berlaku untuk penjualan Honda Stepwgn (2,907 unit) berbanding pesaing utamanya, Nissan Serena (4,303 unit) dan Toyota Voxy (4,243 unit) pada bulan yang sama.

Baca: Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 10

Realitinya, model Honda 'biasa' bukanlah pilihan utama di Jepun, tanah kelahirannya. Hal ini mempengaruhi model recond yang boleh dibawa ke Malaysia dari segi jumlah. Dalam pasaran kereta Kei, Honda menyinar tetapi berapa ramai pula peminat kereta Kei di Malaysia?

Alasa #2: Model segmen yang terlalu unik 

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 11

Jika ada model Honda yang mudah didapati di lot pengedar recond, model-model itu adalah yang model terbaik seperti Honda S660, Civic Type R, dan juga N-Box. Kesemua model ini mempunyai satu persamaan - ia disasarkan untuk pasaran yang terlalu niche.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 12

Siapa yang akan membeli model-model yang disebutkan sebagai kenderaan utama mereka? Tiada. Model-model tersebut memang ditawarkan untuk mereka yang suka berfikir di luar kotak; golongan hipster, enthusiast atau mereka yang sekadar mahu lebih menonjol berbanding orang lain.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 13

Honda N-Box adalah sebuah MPV mini yang sesuai dengan gaya hidup berkhemah dalam kenderaan. Honda S660 pula memberikan keseronokan mirip Kancil Turbo. Kedua-duanya hadir dengan enjin 660cc (ada pilihan turbocaj) pada harga yang sama dengan Honda Civic 1.5 TC-P baru.

Malah, ia tidak mempunyai sokongan selepas jualan yang sebaik model Honda Malaysia rasmi. Sanggupkah anda membelinya?

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 14

Untuk model Honda Civic Type R, mungkin ramai yang akan memilih recond berbanding rasmi bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. Tapi Honda Civic Type R tetaplah sebuah model niche. Penghasilannya sangat terhad dan mereka yang berkemampuan untuk membelinya juga sangat terhad

Baca: Minat Honda Civic Type R FK8 tapi pakai FD? Tukar kit badan FK8 je!

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 15

Honda Jade, pewaris legasi Honda Stream

Masih terdapat beberapa model Honda 'normal' yang ditawarkan oleh peniaga recond seperti Honda Odyssey Absolute dan Honda Stepwgn yang disebutkan di atas. 

Selain itu, model seperti Honda Jade juga sukar untuk ditemui. MPV 5 + 2 tempat duduk ini dibangunkan berasaskan model Civic FB yang kini dilihat semakin berumur.

3 model ini sahajalah yang boleh dikatakan model arus perdana. Tapi bagaimana pula dengan permintaan dan bekalannya? Tak begitu banyak.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 16

Malah, boleh didebatkan juga kehadiran Nissan Juke yang semakin banyak ditemui di jalan raya Malaysia, berbanding Honda Jade itu sendiri. Model-model Honda yang popular terlalu kecil pasarannya, justeru mengurangkan permintaan untuk model recond.

Alasan #3: Honda Malaysia dah cukup bagus

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 17

Bersama-sama dengan Vezel dan Fit, Freed adalah satu lagi model Honda recond yang popular di Singapura

Sekiranya Malaysia mempunyai pasaran terbuka seperti Singapura, mungkin kita dapat melihat lebih banyak model Honda di jalan raya tetapi sayangnya realiti tidak menyebelahi kita.

Malah, beberapa pihak turut mendakwa bahawa pasaran tertutup inilah yang membawa kepada harga Honda Civic yang mampu milik - kerana ia perlu bersaing dengan jenama tempatan. Pemikiran yang agak cetek dan langsung tidak mempertimbangkan aspek perniagaan yang mampan.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 18

Honda Malaysia sebenarnya telah melakukan tugas yang amat baik dengan harga-harga model yang ada di Malaysia.

Sebagai contoh, mari kita gunakan Honda HR-V generasi sekarang - jika penjual recond menawarkan HR-V spesifikasi Jepun, mungkin harganya akan lebih mahal atau hampir dengan varian termahal HR-V spesifikasi tempatan (varian RS, dari RM 119k).

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 19

Namun, Honda Malaysia berjaya meletakkan harga Honda HR-V bermula dari RM 104k, sedikit lebih rendah dengan jaminan pengeluar yang menyeluruh. Malah beberapa model seperti Honda City misalnya, menikmati sedikit potongan harga untuk model generasi baharu.

Honda Civic juga disasarkan dengan sangat tepat, ia mendominasi segmen C sehingga tiada lagi persaingan terbuka dalam segmen tersebut. Bayangkan jika Malaysia mengamalkan pasaran terbuka, mungkin Honda mampu menjadi jenama nombor 1 di sini.

Baca: Dominan! Honda Civic rupanya dah singkirkan 6 sedan segmen C di Malaysia. Tahu yang mana?

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 20

Selain daripada beberapa model kereta Kei, barisan model Honda di seluruh dunia sebenarnya sangat teratur. Ambil contoh, Honda Fit (Jazz) serba baru dari Jepun lebih menggoda beberapa peminat kereta moden dan muda tetapi Honda City Hatchback yang menggantikannya adalah jauh lebih sesuai untuk pasaran kita. Tak mungkin rakyat Malaysia mahu mengeluarkan wang sehingga RM 100k untuk sebuah hatchback segmen B dari Honda.

Baca: Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu!

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 21

In the past, some grey importers offered CBU Japan units of Honda models in Malaysia with the most notable being the Stepwgn and Elysion by USF-Hicom and the Stream by Naza World. All three models sold poorly and for the Stream, Naza was competing directly against Honda Malaysia.

Pada masa lalu, beberapa pengimport recond menawarkan model Honda unit CBU Jepun di Malaysia di mana antara yang paling terkenal ialah Honda Stepwgn dan Honda Elysion oleh USF-Hicom serta Honda Stream yang dibawa oleh Naza World.

Ketiga-tiga model itu kurang mendapat sambutan dan untuk Honda Stream pula, Naza bersaing secara langsung dengan Honda Malaysia.

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 22

Mungkin, itu adalah satu langkah gagal kerana Honda Malaysia menawarkan Honda Stream pada harga RM 149,800 pada tahun 2007 dengan jaminan 3 tahun sementara Naza menjualnya dengan harga RM 186,000 dengan jaminan 1 tahun. Entah apa yang difikirkan ketika itu.

Tanpa segan silu, pembeli tentunya memilih Honda Malaysia kerana kedua-dua model berspesifikasi sama dengan enjin 1.8 liter R18A yang menghasilkan 140 PS dan 174 Nm

Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda? 23

Honda Malaysia bukan sekadar mahu menjual - mereka mahu menjadi jenama nombor 1 di Malaysia. Pengedar recond pun tak mampu bersaing dengan Honda Malaysia. Oleh sebab itulah tidak banyak model Honda recond yang dibawa ke Malaysia. Adakah anda salah seorang daripada pemilik Honda recond?

Baca: Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda