window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021!

Khairil ยท Apr 23, 2021 04:00 PM

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 01

Sekalipun dihimpit persaingan hebat, tidak dapat dinafikan, Honda Vario atau Click adalah antara model skuter paling 'laku' di rantau Asean, terutama Indonesia, Thailand dan Vietnam termasuk di negara kita Malaysia.

Dan perkembangan terbaharu mengenai motosikal cilik berkenaan, versi terbaharunya yang akan menggunakan enjin bersesaran 156.93 cc, sama seperti yang digunakan Honda PCX 160 akan dilancarkan pada penghujung tahun 2021.

Juga baca: Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 01

Perkembangan menarik itu dipetik daripada laman web automotif popular Vietnam, motosaigon.vn dan informasi berkenaan didakwa didedahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Apa yang menariknya adalah selain perubahan enjin dan teknologi, Honda Vario 160 turut akan mengalami transformasi dari sudut reka bentuk. Begitupun, tiada lakaran atau 'render' mengenai imej skuter berkenaan terdedah.

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 02

Jika berpandukan kepada PCX 160 yang sudah berada di pasaran Thailand dan Indonesia, Honda Vario 160 akan menggunakan enjin generasi baharu 156.93 cc, SOHC 4 Injap, eSP + yang pastinya menghasilkan lebih kuasa dan traksi enjin.

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 03

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 04

Seperti PCX 160, kuasa yang dihasilkan berkemungkinan setinggi 15.6 Hp pada 8,500 rpm dan tork maksimum 15 Nm at 6,500 rpm.

Selain itu, ia turut hadir dengan pelbagai teknologi terkini termasuklah Honda Selectable Torque Control (HSTC), (Idling Stop Sistem - ISS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 05

Selain Vario, masih ada beberapa model skuter selain kapcai yang dijangka bakal mendapatkan trenkuasa sama seperti PCX 160 termasuklah Winner X dan ADV 150.

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 06

Dan persoalan mengapa Vario berkemungkinan terlebih dulu dinaiktaraf seperti PCX 160, ia pastinya berdasarkan popularity model berkenaan dan Honda pasti mempunyai sebab yang tersendiri.

Honda sedang persiap Vario 160, bakal dilancar hujung tahun 2021! 07

Honda Winner X

Apapun berdasarkan trend semasa di negara kita, ramai yang mengharapkan satu lagi model, ADV 150 dilancarkan baru-baru ini mendapatkan peningkatakan berkenaan. Mengapa? Di media sosial, ramai yang mengadu motosikal hangat itu macam kurang 'power'.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda