window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun

Mersita · Mar 5, 2021 03:00 PM

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 01

Honda Motor Company kini telah memperkenalkan sistem ADAS (Advanced Driver Assistance System) yang terbaru iaitu Honda Sensing Elite dengan fungsi Level 3 Automated Driving/Pemanduan Berautonomi Tahap 3 di dalam model Honda Legend serba baru yang mula memasuki pasaran Jepun hari ini (5 Mac) – kereta pertama yang diiktiraf sebagai Level 3 Automated Car di Jepun.

Padan dengan slogan mereka iaitu “Safety for Everyone”, Honda Sensing Elite dipadatkan dengan pelbagai sistem bantuan yang amat mengagumkan bagi pemanduan yang lebih selesa dan selamat.

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang membuatkannya berbeza dengan Honda Sensing sebelum ini?

Fungsi-fungsi keselamatan yang terbaru di dalam Honda Sensing Elite termasuklah fungsi Traffic Jam Pilot, Hands-off, Emergency Stop Assist, serta Human-Machine Interface.

Fungsi canggih Traffic Jam Pilot membolehkan sistem pemanduan auto ini untuk memandu kenderaan berkenaan di bawah kondisi/keadaan tertentu apabila tersekat di dalam kesesakan di lebuh raya.

Baca juga: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 01

Bagi kawalan kenderaan, sistem ini menentukan posisi kenderaan dan kondisi jalan raya dengan menggunakan data diperoleh dari peta 3D berdefinisi tinggi dan sistem navigasi satelit global (GNSS) serta mengesan keadaan sekeliling kenderaan menggunakan penderia (sensors) di sekeliling badan luaran kereta. Dan pada masa yang sama, sistem ini juga mengesan kondisi pemandu menggunakan kamera pemantau yang dipasang di dalam kenderaan tersebut.

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 02

Dengan menggunakan pelbagai maklumat-maklumat ini, ECU utama kenderaan memproses dan melaksanakan pengiktirafan, ramalan, dan keputusan dan kemudiannya melakukan pacuan, penghentian, dan pengemudian stereng berkawalan tinggi bagi membantu pemandu mencapai pemanduan yang lancar dan berkualiti tinggi.

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 03

Bagi fungsi Hands-off pula, sistem terbaru ini membantu operasi pemanduan apabila fungsi Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow, dan Lane Keeping Assist System (LKAS) diaktifkan dengan mengemudi stereng tanpa perlu dipegang oleh pemandu.

Fungsi-fungsi ini membolehkan kenderaan kekal di lorong jalan sambil mengekalkan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan dan sisi, mengemudikan kenderaan ke lorong kosong apabila lampu signal dipasang oleh pemandu, serta memotong kenderaan dan mengembalikan kenderaan ke lorong asal – semuanya secara automatik tanpa perlu memegang stereng!

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 04

Fungsi lain termasuklah Emergency Stop Assist dimana kenderaan boleh mengemudi dirinya sendiri ke bahu jalan untuk berhenti apabila sistem tidak mengesan sebarang respon daripada pemandu untuk mengambil-alih kawalan semasa fungsi Hands-off dan yang lain-lain masih terpasang. Amaran bagi pengambil-alihan kawalan kepada pemandu termasuklah amaran visual, audio, dan taktil – antaranya bunyi amaran meningkat serta gegaran pada tali pinggang keledar pemandu.

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 05

Kemudian, fungsi Human Machine Interface pula membolehkan pemandu untuk mengenalpasti status operasi sistem, situasi pemanduan, serta permintaan pengambil-alihan kawalan kenderaan dengan mudah melalui lampu penunjuk di stereng, skrin navigasi, ‘glovebox’, dan juga di skrin meter LCD bersaiz 12.3 inci kenderaan tersebut.

Honda Sensing Elite dengan Pemanduan Berautonomi Tahap 3 dilancarkan di Jepun 06

Hebat, bukan? Honda Legend Hybrid EX serba baharu yang satu-satunya dilengkapi dengan Honda Sensing Elite ini mula dijual secara ‘lease sales’ (jualan pajakan) di Jepun dengan harga JPY 11 juta. Sedan eksekutif ini didatangkan dengan enjin V6 3.5 liter ‘direct injection’ i-VTEC, dipadankan dengan DCT 7-kelajuan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda