window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden!

Khairil · Jun 23, 2021 04:00 PM

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 01

Dikenali sebagai salah satu motosikal kapcai paling ikonik, Honda Super Cub 125 menerima naik taraf di pasaran Eropah untuk versi 2022 yang datang dengan pelbagai ciri menarik.

Juga baca: Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit!

Antara kemas kini yang diberikan kepada motosikal dengan gaya 'purba' ini adalah ia kini mematuhi piawaian emisi Euro 5, suspensi yang dipertingkatkan, sistem Kunci Pintar Honda dan panel meter digital.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 01

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 02

Tampil dengan reka bentuk 'neo-modern' yang unik, dari sudut trenkuasa pula, Honda berkata Super Cub 125 2022 menggunakan 'crankcase' yang direkasemula daripada model C110 yang dijual di pasaran Jepun.

Juga baca: Honda EX5, 'Raja kapcai' yang makin ditelan zaman

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 03

Unit enjin 124 cc, Penyejuk Udara, SOHC itu didakwa mampu menghamburkan kuasa setinggi 9.65 Hp pada 7,500 rpm dan tork 10.3 Nm pada 6,250 rpm. Kuasa yang dihasilkan itu adalah 0.13 Hp lebih tinggi berbanding versi sebelumnya.

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 04

Sistem transmisi pula adalah 4 kelajuan bersama klac automatik centrifugal yang sememangnya memudahkan.

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 05

Untuk memastikan ia patuh emisi Euro 5 yang ketat, Honda Super Cub 125 2022 menggunakan sistem pengudaraan dan ekzos baharu yang dipadankan dengan ECU (Unit kawalan elektronik) juga baharu.

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 06

Untuk meningkatkan keselesaan tunggangan, Honda Super Cub 125 2022 menerima set suspensi yang dipertingkatkan iaitu fork teleskopik dan twin rear shocks dengan spring baharu.

Juga baca: Keperluan vs gaya, ini 7 motosikal kapcai harga 'bajet' untuk rakyat jelata

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 07

Set tayar pula menggunakan rim die-cast aluminium bersama tayar tubeless. Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal 220 mm di bahagian depan dan brek dram di bahagian belakang.

Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden! 08

Untuk pilihan warna, hanya satu warna diperkenalkan iaitu Matt Axis Gray Metallic manakala harganya adalah £ 3,499 (RM 20,191) di United Kingdom dan dijangka mula berada di tangan pengedar pada Ogos 2021.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda