window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k!

Khairil · Aug 5, 2021 10:00 AM

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 01

Motosikal kapcai gabungan klasik dan moden, Honda Super Cub C125 2022 tiba di pasaran Indonesia. Disasarkan kepada golongan tertentu, harga jualan bagi motosikal ini tidak 'marhaen' iaitu Rp. 73,645,000 (RM 21,730).

Juga baca: Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden!

Tiga pilihan warna menarik ditawarkan oleh PT Astra Honda Motor (AHM) terhadap motosikal dilabel legenda ini iaitu Matte Axis Gray Metallic, Pearl Niltava Blue dan Pearl Nebula Red.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 01

Seperti versi yang dilancarkan di pasaran Eropah beberapa bulan lalu, Honda Super Cub C125 versi terbaharu ini turut mendapat naik taraf termasuk di bahagian trenkuasa.

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 02

Matte Axis Gray Metallic

Masih menggunakan enjin bersesaran 124 cc, 4 Lejang, Penyejuk Udara, 2 Injap, SOHC, Suntikan Bahan Api PGM-FI, begitupun saiz 'bore' dan 'stroke' ditala semula oleh Honda kepada 50 x 63.1 mm.

Juga baca: Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit!

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 03

Pearl Nebula Red

Tidak seperti model terdahulu yang nisbah mampatannya 9.3:1. Super Cub C125 2022 menggunakan nisbah 10:1. Justeru, kuasa yang dihasilkan lebih tinggi iaitu 9.65 Hp pada 7,500 rpm dan tork 10.4 Nm pada 6,250 rpm.

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 04

Pearl Niltava Blue

Digandingkan dengan transmisi empat kelajuan, motosikal ini dikatakan menawarkan pengendalian yang lincah dan responsif.

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 05

Tampil dengan rekaan gabungan klasik dan moden yang tampak premium, Honda Super Cub C125 2022 menggunakan sistem lampu LED penuh. Ia juga memiliki sistem kunci canggih Honda Smart Key.

Juga baca: Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif!

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 06

Bagi mengekalkan ciri-ciri klasik, paparan panel meter adalah dari gabungan digital dan analog.

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 07

Sistem brek pula menggunakan brek cakera di bahagian roda depan dan dram di bahagian belakang yang dipadankan dengan rim aloi dengan rekaan sporty.

Juga baca: Honda EX5, 'Raja kapcai' yang makin ditelan zaman

Honda Super Cub C125 2022 ‘luncur’ di Indonesia, tiga warna menarik, harga mantap RM 21k! 08

Honda Super Cub C125 versi terdahulu yang dijual di Malaysia

Sebagai info, Honda Super Cub C125 pernah dijual di pasaran Malaysia pada 2019 pada harga RM13,999. Tetapi malangnya, model berkenaan yang datang dengan pelana tunggal tidak lagi berada dalam laman web Boon Siew Honda.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda