window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Super Cub C125 2022 jengah pasaran Jepun, enjin lebih mesra alam!

Khairil · Sep 26, 2021 04:00 PM

Honda Super Cub C125 2022 jengah pasaran Jepun, enjin lebih mesra alam! 01

Honda Jepun bakal melancarkan kapcai ikonik jenama itu, Super Cub 125 2022 di negara berkenaan yang dilengkapi dengan enjin lebih mesra alam sekitar dan harga pengenalan 440,000 yen (RM 16,625).

Motosikal dengan gaya klasik itu akan mula dipasarkan pada tarikh 27 September ini bersama dua pilihan warna menarik iaitu Pearl Niltaba Blue dan Pearl Nebula Red.

Juga baca: Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Super Cub C125 2022 jengah pasaran Jepun, enjin lebih mesra alam! 01

Seperti yang diperkatakan lebih awal, Honda Super Cub C125 2022 dilengkapi trenkuasa yang lebih mesra alam sekaligus memberikan penjimatan bahan api dan patuh piawaian emisi terbaharu.

Enjin yang digunakan adalah bersesaran 123 cc, 4 Lejang, OHC, 1 Silinder, Penyejuk Udara yang digandingkan dengan sistem transmisi 4 kelajuan.

Juga baca: Keperluan vs gaya, ini 7 motosikal kapcai harga 'bajet' untuk rakyat jelata

Kuasa yang dihasilkan ialah 9.6 Hp pada 7,500 rpm dengan tork 10N m pada 6,250 rpm.

Honda Super Cub C125 2022 jengah pasaran Jepun, enjin lebih mesra alam! 02

Selain sistem suspensi standard, ia turut disertakan brek cakera tunggal di bahagian roda depan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran. Brek belakang menggunakan jenis dram.

Ciri-ciri lain adalah seperti berikut:

  • Tangki bahan api - 3.7 liter
  • Tinggi pelana - 780 mm
  • Saiz roda - 70/90-17 (depan) 80/90-17 (belakang) Rim aloi
  • Sistem lampu - LED penuh
  • Panel meter - Analog/digital
  • Sistem Honda SMART Key

Honda Super Cub C125 2022 jengah pasaran Jepun, enjin lebih mesra alam! 03

Honda mendakwa motosikal ini boleh mencapai tahap penggunaan api dengan jarak 68.8 km untuk 1 liter.

Juga baca: Honda EX5, 'Raja kapcai' yang makin ditelan zaman

Honda Super Cub C125 2022 jengah pasaran Jepun, enjin lebih mesra alam! 04

Sebagai pilihan dan meningkatkan lagi tahap ekslusif motosikal ini, ia turut didatangkan dengan dua pilihan tambahan iaitu 'grip heater' dan pelana pembonceng.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda