window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda!

Haris · Nov 11, 2021 03:30 PM

Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda! 01

PT Honda Prospect Motors dengan bangganya mempamerkan Honda SUV RS Concept di GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021. Model yang ditunggu-tunggu ini akan mengisi kekosongan segmen SUV kompak dari Honda dan akan bersaing terus dengan model seperti Toyota Raize (Ativa), Daihatsu Rocky dan Kia Sonet.

Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda SUV RS Concept adalah pilihan yang tepat untuk menyaingi SUV kompak lain di mana SUV segmen B Honda HR-V bakal mensasarkan pasaran premium dan bersaing dengan model seperti Proton X50 (Geely Binyue) dan Hyundai Kona.

Ketika sesi tontonan ini, tak banyak maklumat yang dapat dikongsikan kerana PT Honda Prospect Motors masih mengunci mulut mengenai model tersebut.

Baca: Honda HR-V generasi baharu - giliran menunggu 10 bulan, lebih mewah daripada Toyota Harrier?

 

Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda! 01

Jangkaan mengenai rekaan Honda SUV RS Concept yang mirip 'Honda BR-V mini' juga separa tepat. Secara keseluruhan, garis badan nampak seperti sebuah Honda BR-V generasi kedua yang lebih kecil namun hal ini pantas dibezakan pada rekaan fasia depan. 

SUV konsep yang dipaparkan masih sebahagian besarnya kelihatan seperti Honda HR-V baharu, yang turut dikenali sebagai Honda Vezel di Jepun.

 

Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda! 02

Terdapat rel bumbung yang menonjol dengan bumbung hitam serta rim hitam bergaya yang melengkapi rupa keseluruhan SUV kompak ini. Menariknya, Honda SUV RS Concept mempunyai lapisan plastik hitam keliling yang agak minimum, berbeza dengan rekaan SUV lain yang sarat dengan cladding tersebut.

Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda! 03

Kehadiran Honda SUV RS Concept di Indonesia menjadi petanda awal bahawa Honda semakin serius dengan perancangan produk mereka. SUV kompak pertama dari Honda ini berkemungkinan besar akan dilancarkan dalam tahun 2022. Sesi pratonton global dari Indonesia juga memberi petanda bahawa SUV ini akan ditawarkan di negara-negara ASEAN dan membangun, seperti Thailand, Amerika Selatan, termasuklah Malaysia.

Baca: Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda