window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k!

Khairil · Nov 22, 2022 06:29 PM

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 01

Selepas lebih sebulan 'bermain' dengan teka teki, Boon Siew Honda (BSH) akhirnya melancarkan skuter handalannya yang ditunggu-tunggu ramai, Honda Vario 160 (2022) di pasaran tempatan, hari ini.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 02

Sebagai info, Honda Vario 160 (2022) serba baharu membuat debut 'premiere' di Indonesia pada Februari lalu dan sejak itu, ramai yang tertanya-tanya bila ia akan mendarat di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 01

Dan penantian itu menjadi lebih perit apabila BSH menayangkan model berkenaan ketika Grand Prix Malaysia 2022 bulan lalu selain 'teaser' di media sosial yang membuatkan ramai peminatnya hampir hilang sabar.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 02

Sekalipun penantian sudah berakhir, harga yang diumumkan boleh BSH boleh dianggap sedikit mengejutkan iaitu bermula RM 9,998 asas bersama 4 pilihan warna berbeza.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 03

Harga berkenaan adalah untuk tiga varian varna seperti berikut:

  • Vivacity Red
  • Pearl Nightfall Blue
  • Sword Silver Metallic

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 04

Untuk pilihan warna Mat Charcoal Grey Metallic, harga asas yang ditawarkan adalah RM 10,298. Tetapi pilihan warna ini menurut BSH hanya tersedia pada Februari tahun depan.

Juga baca: Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k!

Tidak seperti Indonesia di mana Honda Vario 160 dijual dalam dua varian, hanya satu varian dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Begitupun, ia adalah versi yang serba lengkap termasuk penggunaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 05

Sebagai model yang dicipta untuk menggantikan Vario 150, Honda Vario 160 dipadankan dengan kerangka tubular baharu eSAF yang lebih kukuh dan ringan.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 06

Bukan saja kerangka baharu, apa yang dinantikan adalah perubahan dari sudut rekaan. Dengan rekaan baharu, ia sememangnya tampil lebih ranggi, kemas dan sporty terutama rekaan lampu depan berkembar yang menarik.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 07

Untuk trenkuasa, seperti namanya, Honda Vario 160 menggunakan trenkuasa baharu daripada Honda untuk skuter dalam segmen berkenaan yang lebih berprestasi dan berkuasa.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 08

Ia adalah enjin 157 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, teknologi eSP+, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi yang didakwa mampu menghasilkan kuasa 15.3 PS pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.

Dan antara naik taraf seperti dinyatakan lebih awal, tidak seperti Honda Vario 150,  Honda Vario 160 kini lengkap dengan ABS.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 09

Selain itu, ciri-ciri menarik yang dipadankan termasuklah Lampu LED penuh, Honda Smart Key System dengkap dengan alarm dan answer back system, soket pengecas USB type A.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 10

Panel meter pula menggunakan digital yang memaparkan informasi yang lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, jumlah bahan bakar dan lain-lain.

Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k! 11

Kepada yang berminat, Honda Vario 160 ini katanya akan mula tiba di cawangan pengedar Honda Impian X seluruh negara bermula esok. Jom.

Juga baca: Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda