Honda Wave 125i dikemaskini di Thailand - sport rim aloi, warna baharu, harga bermula RM 7,089!
Khairil ยท Apr 7, 2021 11:59 AM
0
0
Seperti Malaysia, Honda Motor Thailand memperkemaskini model kapcai popularnya, Honda Wave 125i 2021 yang datang dengan pilihan warna baharu lebih ekslusif.
Pilihan warna baharu yang ditawarkan ialah Metallic Matte Gray yang menambahkan gaya dan elemen premium serta sporty terhadap motosikal berkenaan.
Untuk versi terbaharu ini, harga yang ditawarkan di pasaran berkenaan begitupun tidak murah, iaitu bermula 53,800 THB (RM 7,089) hingga 56,000 THB (RM 7,379) bergantung kepada varian.
Dua varian yang ditawarkan pula ialah versi yang menggunakan rim aloi dan rim jejari. Bagi varian rim aloi, empat pilihan warna boleh dipilih termasuk yang terbaharu manakala rim jejari, tiga pilihan warna ditawarkan.
Tiada perubahan dari sudut spesifikasi kuasa. Honda Wave 125i 2021 seperti namanya masih dijana enjin bersesaran 124.89 cc, Suntikan Bahan Api PGM-FI, SOHC, Penyejuk Udara. Tren kuasa itu dipadankan dengan transmisi empat kelajuan.
Menurut Honda Motor Thailand, motosikal kapcai rakyat ini mampu mengharungi jarak 71.4 km bagi setiap liter petrol. Lebih menarik, kapasiti tangki bahan apinya adalah berzaiz XL dalam kelas berkenaan iaitu 5.4 liter.
Ciri-ciri moden yang melengkapkan Honda Wave 125i 2021 adalah lampu depan daripada LED, panel meter yang menarik, sistem kunci dengan ciri pembuka tempat duduk dan penutup lubang kunci.
Ruang storannya pula cukup luas apabila mampu memuatkan sebuah helmet bersaiz penuh.
Tidak seperti Honda Wave 125i 2021 yang dilancarkan di pasaran Malaysia bulan lalu yang dilengkapi sistem brek cakera depan dan belakang, tiada varian berkenaan untuk Thailand dengan brek cakera hanya dibekalkan di bahagian depan saja.
Begitupun, tidak seperti Malaysia yang menggunakan lampu signal belakang 'capang' berikutan peraturan undang-undang, lampu signal belakang Wave 125i 2021 Thailand bersepadu dengan lampu belakang.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.