window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS!

Khairil ยท Mar 30, 2021 05:00 PM

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS! 01

Ekslusif untuk pasaran tempatan, Honda Motor Vietnam melancarkan Honda Winner X Limited Edition 2021 yang datang dengan gabungan skema warna menarik, baru-baru ini.

Begitupun, model khas berkenaan tidak dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sekali gus menyaksikan harga jualannya lebih murah berbanding varian dilengkapi sistem berkenaan.

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di laman web Honda Motor Vietnam, varian yang datang dengan gabungan tiga warna iaitu hitam, merah dan kelabu itu dijual pada tanda harga  VND 45,990,000 (RM 8,259).

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS! 01

Sebagai perbandingan, varian tertinggi Honda Winner X yang lengkap dengan ABS iaitu Track Version dijual pada harga VND 49,990,000 (RM 8,978).

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS! 02

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi teknikal seperti model sebelumnya.

Ia masih menggunakan enjin bersesaran 150 cc, PGM-FI, 4 Lejang, DOHC, 4 Injap, 1 Silinder, Penyejuk Cecair yang digabungkan dengan transmisi enam kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 15.4 Hp pada 9,000 rpm dengan tork 13.5 Nm pada 6,500 rpm.

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS! 03

Difahamkan, motosikal ini akan berada di pasaran Vietnam secara rasmi pada tarikh 7 April 2021 dan datang dengan jaminan selama 3 tahun atau 30,000 km.

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS! 04

Kemunculan varian ini membuktikan Honda Motor Vietnam ketika ini berusaha bersunguh-sungguh untuk memasarkan model yang menjadi pesaing utama kepada model Super Moped Yamaha, Exciter 155 VVA ini.

Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS! 05

Di Malaysia, sudah ada tanda-tanda yang ia akan tiba tidak lama lagi susulan penampakan model berkenaan menjalani ujian jalan raya baru-baru ini. Dan ia pantas mencetuskan keterujaan buat peminat jenama berkenaan.

 

 

 

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda