![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 01]()
Motosikal 'Super moped' yang dilabel sebagai seteru utama Yamaha Exciter 155 VVA di pasaran Vietnam, Honda Winner X akhirnya dilihat menjalani ujian jalan raya di negara ini.
Seperti Exciter 155 VVA yang akhirnya menggunakan nama Y16ZR di pasaran tempatan, ada kemungkinan Winner X tidak akan menggunakan nama berkenaan namun menggunakan RS150 V3 berikutan sesaran enjinnya yang tidak berubah.
![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 02]()
Begitupun, biarlah perkara itu terus menjadi rahsia buat pengedarnya di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH).
Kembali kepada cerita mengenai Honda Winner X sedang menjalani ujian jalan raya di negara ini, ia muncul apabila timbul satu imej yang dipaparkan Muhammad Shafiq Alias di laman Facebook miliknya.
![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 01]()
Berdasarkan imej berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki sedang menunggang uji motosikal yang sememangnya mirip model Honda Winner X sekalipun gambar itu ditangkap dari belakang.
![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 02]()
Jika dibandingkan rekaan lampu belakang, lampu signal serta 'mud guard' motosikal berkenaan, ia memang sama seperti model Honda Winner X yang dijual di Vietnam.
Tiada gambar lain dipaparkan namun imej berkenaan jelas mencetuskan keterujaan terutama buat peminat motosikal kapcai dari jenama Honda di negara ini.
![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 03]()
Dan jika benar ia sedang menjalani ujian jalan raya, harapan untuk menyaksikan motosikal berkenaan untuk dilancarkan tidak lama lagi, atau sekurang-kurangnya pada tahun ini tampak cukup kuat.
![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 04]()
Ia senada dengan kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Yoshitaka Nakamura yang berulang kali menyatakan sesuatu yang amat mengujakan iaitu 'tidak lama lagi' ketika pelancaran skuter ADV 150 2021 pada bulan lalu.
![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 05]()
Setakat ini, Honda Winner X yang turut memiliki penambah baikkan ketara termasuk rekaan panel badan baharu yang lebih bergaya serta penggunaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) hanya dijual di pasaran Vietnam.
Malah negara 'kuasa besar' motosikal lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina masih belum menerimanya.
![Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat? 06]()
Jadi adakah kita akan sekali lagi mendapat 'kejutan' seperti kehadiran Yamaha Y16ZR 2021 di pasaran tempatan. Perkembangan yang menarik untuk kita nantikan.
Komen