window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k!

Khairil ยท Dec 24, 2021 08:00 PM

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 01

Honda Winner X V2 2022 akhirnya dilancarkan di pasaran Vietnam, semalam. Tetapi sedikit mengecewakan, naik taraf yang diberikan kepada model 'Super moped' hangat ini hanya tertumpu dari sudut kosmetik dan bukannya spesifikasi trenkuasa.

Seperti Honda RS-X 2021 yang baru dilancarkan di pasaran Malaysia bulan lalu, tiada perubahan di bahagian 'kepala' termasuk penggunaan lampu depan LED yang sama.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 01

Begitupun, pembaharuan yang diterima adalah di bahagian panel depan, 'fairing' dan panel badan yang tampak lebih langsing dengan sudut lebih tajam.

Perubahan ketara lain termasuklah penggunaan lampu signal jenis terbina dalam yang tidak lagi 'capang' seperti Honda RS-X, rekaan dan sudut ekzos yang berubah lebih rendah serta rekaan cowl bawah baharu. 

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 02

Selain itu, ia turut didatangkan dengan sistem Honda Smart Key baharu yang datang secara standard kepada ketiga-tiga varian. Sebagai info, Honda RS-X di Malaysia tidak datang dengan teknologi berkenaan.

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 03

Tiga varian ditawarkan iaitu Special, Sport dan Standard dengan penawaran harga seperti berikut: 

  • Sports - VND 50,490,000 (RM 9,241)
  • Special - VND 49,990,000 (RM 9,149)
  • Standard - VND 46,090,000 (RM 8,414) 

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 04

Pilihan warna pula adalah seperti berikut:

  • Sports - Red Black
  • Special - Black gold, Silver Black Green, Red Black Green
  • Standard - Black, Red Black, Black & White, Black Silver

Juga baca: Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 05

Seperti diperkatakan, Honda Winner X V2 2022 kekal menggunakan enjin bersesaran 149.1 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api PGM-FI yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. 

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 06

Kuasa dan tork yang dijana juga tidak berubah iaitu 15.4 Hp pada 9,000 rpm, dengan tork maksimum 13.5 Nm pada 6,500 rpm. 

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 07

Justeru, harapan untuk melihat Honda Winner X V2 2022 ini menjadi pencabar utama kepada Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) tampak pudar selain ketiadaan teknologi seperti klac Assist & Slipper dan HSTC (Honda Selectable Torque Control).

Juga baca: Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499!

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 08

Turut tidak berubah adalah kapasiti tangki bahan api iaitu 4.5 liter dengan sistem brek kekal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 1 saluran bagi varian Sports dan Special sahaja serta rekaan panel meter.

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 09

Tetapi sebagai tambahan, kelebihan lain yang dipadankan kepada Honda Winner X V2 2022 (Sports dan Special) adalah soket pengecas USB dan rantai jenis O-ring yang lebih berkualiti.

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 10

Honda Motor Vietnam mengumumkan penawaran terbaharu itu akan mula tiba di rangkaian pengedar bermula 4 Januari depan.

Honda Winner X V2 (2022) debut di Vietnam, spesifikasi kekal, harga bermula RM 8.4k! 11

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda