window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat?

Faisal · Oct 11, 2022 06:00 PM

Honda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat? 01

  • Honda WR-V 2023 bakal menyaingi Raize, Rocky dan Ativa
  • Mungkin pakai enjin 1.5L e:HEV, 1.0L turbo atau 1.5L NA
  • Harga mungkin lebih kurang Honda City

Sejak Toyota Raize dan Daihatsu Rocky membuat debut pada tahun 2020, SUV duo ini telah meraih jualan yang cukup tinggi di Jepun. Begitu juga di Indonesia dan Malaysia (Perodua Ativa).

Dan tidak lama lagi, nampaknya penerajuan ketiga-tiga model ini akan diganggu oleh Honda WR-V 2023.

Honda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat? 02

The SUV RS Concept mungkin prebiu kepada WR-V 2023.

Awal tahun ini, kami melaporkan bahawa Honda sedang membangunkan SUV permulaan yang baru buat rantau ASEAN. Model ini telahpun dipamerkan sebagai Honda SUV RS Concept.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaJaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022

Honda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat? 01

Nampak macam dah hampir siap untuk masuk produksi.

Menariknya, Honda WR-V ini mungkin tidak terhad kepada rantau ini sahaja kerana laporan terbaru dari Jepun menunjukkan bahawa Honda juga ada pelan sama di negara tersebut.

Lagipun, Raize dan Rocky sudah lama menawan pasaran Jepun.

Honda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat? 02

Enjin 1.0L turbo Honda yang ada dalam pasaran Thailand.

Dari segi enjin, media Jepun melaporkan bahawa WR-V 2023 mungkin hadir dengan pilihan trenkuasa seperti di bawah:

  • 1.0L turbo (122 PS, 173 Nm)
  • 1.5L hibrid e:HEV (109 PS, 253 Nm)
  • 1.5L NA (122 PS, 145 Nm)

Kalau anda perasan, penawaran trenkuasa ini sama dengan yang ada pada Honda City dan City Hatchback.

Menariknya, media Jepun turut memberitahu bahawa Honda WR-V 2023 mempunyai ukuran 4,200 mm panjang, 1,760 mm lebar dan 1,600 mm tinggi.

Dimensi
Model Panjang (mm) Lebar (mm) Tinggi (mm)
WR-V 4,200 1,760 1,600
Ativa 4,065 1,710 1,635
HR-V 4,330 1,790 1,590

Honda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat? 03

Adakah 'W' besar yang ditunjukkan menandakan petanda kepada WR-V?

Secara amnya, Honda WR-V di Jepun dijangka tiba di pasaran pada suku 2 2023. Walaupun tarikh jualan untuk pasaran ASEAN belum lagi dapat dipastikan, kami yakin bahawa ia bakal rasmi tidak lama lagi kerana model dalam bentuk produksi pun sudah muncul sejak bulan Julai.

Juga bacaSpyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023

Honda WR-V 2023 akan tawar enjin turbo & hibrid pada harga City, Ativa boleh tergugat? 04

Versi produksi.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, Honda WR-V di Jepun mungkin berharga dari 2 juta yen (~RM 64k), kiranya dalam pertengahan julat harga Rocky-Raize (1.7 juta yen - 2.5 juta yen).

Kalaulah harga Honda WR-V 2023 lebih kurang Honda City, adalah anda akan beli sebiji?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda