window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022

Zamil Syaheer · Jan 22, 2023 04:00 PM

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 01

Walaupun Honda WR-V 2023 serba baru baru sahaja dijual selama sebulan di Indonesia berikutan debut globalnya pada November 2022. SUV aras mula daripda Honda menjadi SUV kecil terlaris di negara itu pada bulan Disember.

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 02

Menurut data jualan oleh Gaikindo, sebanyak 1,740 unit WR-V telah dijual di Indonesia pada Disember 2022. Ini meletakkannya di tempat teratas dalam kalangan segmen SUV kecil di negara ini, merampas mahkota daripada Toyota Raize yang menyaksikan 1,222 unit terjual dalam bulan yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 01

Sementara itu, kembar Raize, Daihatsu Rocky hanya menyaksikan 226 unit terjual pada bulan itu. Jika digabungkan, kedua-dua kembar Indo kepada Perodua Ativa terjual kurang sedikit berbanding SUV Honda dengan 1,448 unit terjual.

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 02

Honda WR-V boleh didapati di Indonesia dalam 3 varian. Menurut rakan sekerja kami di AutoFun ID, varian paling popular ialah varian RS CVT dengan 810 unit diikuti RS CVT dengan varian Honda Sensing (750 unit) dan varian asas E CVT (180 unit).

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 03

Ini bermakna kira-kira 90% daripada WR-V yang dijual di Indonesia adalah varian RS. Semua varian WR-V dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm) beraspirasi natural yang diambil dari Honda BR-V. Transmisi automatik CVT adalah penawaran tunggal untuk WR-V di Indonesia.

Baca juga: Kelebihan dan Keburukan transmisi CVT - apa yang kami suka, dan apa yang kami tidak suka

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 04

Namun, Toyota Raize kekal sebagai SUV kecil terlaris di Indonesia pada 2022 dengan 24,092 unit terjual. Ia menduduki tempat ke-13 keseluruhan antara Daihatsu Terios dan Daihatsu Aylamanakala sebanyak 8,336 unit Daihatsu Rocky dijual pada tahun yang sama.

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 05

Memandangkan WR-V hanya memulakan jualan pada bulan Disember, kita perlu tunggu dan lihat samaada SUV cilik ini boleh mengatasi Toyota Raize dan pesaing yang lain.

Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022 06

Tahukah anda bahawa WR-V bermaksud "Winsome Runabout Vehicle"? Dengan “kemenangan” kecil ini, Bolehkah WR-V melanjutkan kemenangannya di Indonesia pada 2023?

Bagi Malaysia pula, memandangkan ia adalah produk serantau, Honda Malaysia berkemungkinan akan memperkenalkan saingan Ativa di sini. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan ia akan tiba di sini pada separuh kedua 2023 dan ia boleh berharga sekitar RM 90k.

Baca juga: Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda