window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik?

Haris · Apr 1, 2023 11:59 AM

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 01

Walaupun pasaran SUV kompak di Indonesia agak baru, ia telah dikuasai dengan pantas oleh Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Kembar kepada Perodua Ativa ini kelihatan tiada tandingan tetapi semuanya berubah apabila Honda WR-V memecah belahkan pasaran tersebut.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 02

Pada bulan pertama jualannya, WR-V telah mengatasi Raize sebagai SUV kompak terlaris Indonesia dan momentum itu nampaknya berterusan mengikut data jualan terkini. Walaupun kedua-dua SUV berharga hampir antara satu sama lain di Indonesia, WR-V tidak akan melihat situasi yang sama jika ia akan dilancarkan di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 01

Namun, rakan-rakan kami di AutoFun Indonesia telah meninjau kedua-dua SUV dalam perbandingan terbaru mereka untuk melihat pilihan mana yang lebih baik. AutoFun ID tidak meletakkan yang mana satu lebih baik namun kita lihat dahulu apa yang ditawarkan secara permukaan.

Stail – Agresif atau konservatif?

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 02

Membuat kemunculan sulung di peringkat global di Indonesia, Honda WR-V merupakan produk serantau yang dibangunkan oleh pasukan Honda R&D Asia Pasifik di Thailand. Oleh itu, ia mempunyai citarasa yang lebih dekat dengan pengguna ASEAN berbanding model yang dibuat untuk pasaran membangun seperti Toyota Raize.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 03

Toyota Raize dibangunkan di Jepun di mana model itu membuat penampilan global sebelum dijual di luar negara. Oleh itu, jika anda cenderung dengan reka bentuk Jepun, Toyota Raize mungkin kelihatan lebih baik. Bagi Perodua Ativa pula, perisa P2 Malaysia telah diterapkan sejak Raize dibangunkan untuk pasaran domestik Jepun lagi.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 04

Honda WR-V dibina di atas platform yang sama dengan BR-V 7-tempat duduk tetapi Honda berusaha untuk memberikan SUV kompak itu reka bentuk yang berbeza tetapi akrab. Ia kelihatan lebih mewah dan elegan dengan garisan licin dan tajam di hadapan yang menyerupai campuran Civic dan City.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 05

Garisan kompak berterusan di sisi dengan beberapa inspirasi kecil dari HR-V seperti pemegang pintu belakang "tersembunyi". Bahagian belakang sebaliknya, mempunyai reka bentuk yang ringkas tetapi ia memberikan WR-V lebih banyak perkongsian komponen dengan BR-V.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 06

Bagi Raize, jelas bahawa Toyota memberikan reka bentuk yang lebih agresif secara keseluruhan. Terdapat beberapa rujukan terhadap SUV Toyota lain dalam nuansa reka bentuk seperti RAV4 tetapi ia masih sedikit berbeza dan sporty. Walaupun tanpa kit badan GR, Raize memberi impak sporty pada reka bentuknya.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 07

Raize biru yang ditunjukkan dalam gambar-gambar ini adalah varian teratas GR Sport justeru kit aero GR tersebut hanya tersedia untuk varian itu. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang akan kita bincangkan lebih lanjut di bahagian seterusnya artikel ini.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 08

Citarasa adalah berbeza mengikut prospek pembeli namun melihat kepada angka jualan di antara kedua-dua Honda WR-V dan Toyota Raize, kelihatan Honda WR-V memenangi hati pembeli untuk kali ini. Mungkin, model facelift akan memberikan kelebihan kepada Raize tetapi kita perlu menunggu untuk itu.

Ciri kelengkapan – Toyota Raize memiliki kelebihan berbanding WR-V

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 09

Honda WR-V spesifikasi Indonesia ditawarkan dengan 3 varian dan model yang ditunjukkan dalam perbandingan ini adalah varian teratas WR-V RS dengan Honda Sensing yang bermula dari IDR 309.9 juta (~RM 94k).

Sementara itu, Toyota Raize biru yang dipamerkan ialah varian GR Sport dengan varian TSS yang bermula dari IDR 302.5 juta (~RM 88k).

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 10

Walaupun dengan perbezaan harga tersebut, kedua-dua SUV dalam gred tertinggi mereka dilengkapi dengan baik. Kedua-duanya mempunyai ciri moden seperti butang penghidup mula, pendingin hawa digital, dan rim aloi 17-inci.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 11

Terdapat beberapa perbezaan ciri antara kedua-dua SUV teratas misalnya; WR-V mendapat tempat duduk kulit manakala Raize mempunyai kerusi gabungan fabrik dan kulit. Kedua-dua WR-V dan Raize juga dilengkapi dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto namun saiz unit infohibur adalah berbeza (WR-V: 7 inci Raize: 9 inci).

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 12

Dari segi keselamatan, kedua-dua SUV menawarkan 6 beg udara serta ADAS pada varian tertinggi masing-masing tetapi apabila ia datang kepada ciri ADAS tersebut, kelengkapan yang ditawarkan juga berbeza.

Baca: Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 13

Kedua-dua model dilengkapi dengan kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan bertukar lorong, dan brek kecemasan autonomi (AEB) tetapi Honda WR-V adalah satu-satunya yang mempunyai lampu tinggi automatik (AHB). Honda WR-V juga didatangkan dengan kamera Honda LaneWatch yang dipertingkat berbanding Raize dengan monitor titik buta biasa (BSM).

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 14

Sungguhpun begitu, Raize mempunyai kelebihan berbanding WR-V dari segi ciri-ciri yang ada pada kedua-dua varian spesifikasi teratas dan juga lebih berpatutan. Justeru, faktor kali ini seolah-olah memihak kepada Toyota.

Enjin dan prestasi – Honda pakar pengeluar enjin kecil

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 15

Tidak seperti Perodua Ativa (bukan hibrid), Toyota Raize di Indonesia ditawarkan dengan dua enjin petrol yang berbeza – enjin 3-silinder 1.2 liter WA-VE (88 PS/113 Nm) yang disedut secara semula jadi dan 3-silinder 1.0 liter turbocaj 1KR-VET (98 PS/140 Nm).

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 16

Kedua-dua enjin ditawarkan dengan pilihan sama ada transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatik D-CVT. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan semua ciri penuh seperti pada varian GR Sport ini, satu-satunya kombinasi yang tersedia ialah unit turbo yang dipasangkan dengan D-CVT.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 17

Sementara itu, Honda WR-V hanya ditawarkan dengan satu pilihan enjin dan satu transmisi. Di ketiga-tiga varian termasuk RS teratas dengan Honda Sensing, dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi i-VTEC DOHC (121 PS/145 Nm) yang lebih besar dan lebih berkuasa dengan padanan kotak gear automatik jenis CVT.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 18

Di atas kertas, enjin yang lebih besar yang juga dikongsikan bersama Honda BR-V serba baharu mempunyai kelebihan dari segi saiz dan kuasa. Malah, jika dibandingkan dengan pesaing dalam pasaran SUV kompak di Indonesia yang turut merangkumi Nissan Magnite dan Kia Sonet, Honda WR-V jelas menunjukkan kuasa kudanya yang mungkin menyumbang kepada peningkatan jualan.

Konklusi

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 19

Honda mendakwa bahawa nama WR-V bermaksud "Winsome Runabout Vehicle" dan dari segi jualan, SUV itu nampaknya terus mendapat sambutan daripada pembeli Indonesia.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 20

Walaupun Toyota Raize telah berada di pasaran lebih lama dan merupakan model perintis, ia sebenarnya bertahan dengan baik apabila menentang cabaran daripada Honda. Tiada pemenang yang jelas antara kedua-duanya kerana kedua-dua SUV kompak mempunyai merit yang sama.

Honda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) - Perbandingan setara, mana lebih baik? 21

Honda WR-V kelihatan lebih baharu dan lebih berkuasa manakala Raize lebih murah dan mempunyai lebih banyak ciri. Apabila WR-V diperkenalkan di Malaysia, ia mungkin alternatif yang baik untuk Perodua Ativa tetapi anda tidak akan melihat ia memotong jualan seperti di Indonesia.

Terima kasih khas kepada rakan sekerja kami di AutoFun ID kerana membenarkan kami menggunakan gambar.

Baca: Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda