window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini!

Khairil · Feb 18, 2021 10:00 AM

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 01

'Abang' kepada Honda ADV 150 iaitu skuter 'Adventure' tulen, Honda X-ADV memang cukup popular terutama bagi penggemar jentera 'Dual-purpose' di pasaran global.

Sejak dipertontonkan kepada dunia buat pertama kali pada 2017, ramai yang ternanti-nanti kehadirannya dan berikutan itu, penantian terhadap versi terbaru 2021 juga adalah sama.

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sedikit mengenai sejarah, apa yang ditawarkan Honda menerusi X-ADV memang unik. Ia memberikan penggemar motosikal skuter kebolehan untuk beraksi di laluan lasak, sesuatu yang tidak difikirkan sebelum ini.

Jadi tidak menghairankan apabila jualan motosikal ini berjaya memintas jualan motosikal kembara popular BMW GS selepas lapan bulan pertama pelancarannya pada 2018.

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 01

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 02

Bagi versi 2021, kemaskini yang diberikan Honda terhadap X-ADV boleh dikatakan besar. Ia bukan setakat reka bentuk atau penampilannya, tetapi boleh dikatakan secara menyeluruh.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan bila X-ADV 2021 ini akan dibawa masuk oleh pengedarnya, Boon Siew Honda (BSH) ke pasaran Malaysia.

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 03

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 04

Begitupun di pasaran Asean, Filipina baru saja melancarkan melancarkan X-ADV 2021 sekaligus menjadi negara pertama di rantau ini menerima versi terbaru skuter berkenaan dan ia dijual pada harga 803,000 peso (RM 67,184).

Di Malaysia, versi X-ADV yang masih dijual ketika ini adalah versi yang dibawa masuk BSH pada 2018 dan ia dijual pada harga kira-kira RM 63,299 mengikut laman web jual beli.

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 05

Justeru, apa yang menarik mengenai versi atau generasi terbaharu skuter lasak yang mencetus fenomena ini? Ini 5 pembaharuan yang dapat kami senaraikan.

1. Enjin lagi berkuasa, lepasi piawaian Euro 5

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 06

Sekalipun masih menggunakan enjin bersesaran sama iaitu 745 cc, 2 Silinder Sebaris, SOHC, tetapi kuasa yang dihamburkan jentera ini meningkat. Ia kini menghasilkan 57.8 Hp pada 6,750 rpm dan 69 Nm tork pada 4,750 rpm. Apa yang dilakukan jurutera Honda bagi mendapatkan lebihan kuasa ini adalah dengan pemasaan injap serta meningkatkan kecekapan kemasukan udara dan ekzos.

2. Sistem transmisi lebih optimum

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 07

Dengan penambahbaikkan dari sudut transmisi, X-ADV 2021 bakal menawarkan tunggangan yang lebih mengujakan. Nisbah gear untuk unit klac berkembar (DCT) enam kelajuan diubah bagi mendapatkan pecutan awal lebih pantas (gear 1, 2 dan 3 lebih pendek). Ia juga meningkatkan kecekapan bahan api serta kebolehgunaan gear pada kelajuan lebih tinggi (gear 4, 5 dan 6 lebih panjang). Selain penukaran gear automatik, transmisi ini juga datang dengan mod manual. Kawalan naik dan turun gear menggunakan butang.

3. Reka bentuk lebih 'tajam', sporty, agresif

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 08

Seimbas pandang, reka bentuk X-ADV 2021 tidak banyak berubah tetapi hampir kesemua panel badannya adalah baru. Rekaannya kini lebih tajam, agresif dan sporty. Antara yang turut berubah adalah rekaan lampu LED depannya yang dilengkapi dengan lampu siang (DRL) LED. Sekalipun ketinggian tempat duduk tidak berubah iaitu 820 mm, rekaan tempat duduknya diubah bagi memberikan tunggangan lebih selesa. Selain itu, penghadang angin baru di hadapan boleh dilaras lima tahap secara manual.

4. Instrumen panel digital berwarna

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 09

Selari dengan jentera moden berkuasa tinggi lain, Honda X-ADV 2021 kini dipadankan dengan panel digital TFT 5.0 inci berwarna penuh. Ia kini boleh disambungkan kepada telefon pintar menerusi Honda Smartphone Voice Control System yang membolehkan pemiliknya mengawal panggilan telefon, memainkan muzik, emel dan navigasi.

5. Lima mod tunggangan 'Ride by wire'

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 10

Sistem 'Ride by wire' Honda X-ADV 2021 kini menawarkan lima mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain, Gravel dan User. Mod baharu iaitu User membolehkan penunggang untuk melaras sendiri aspek hantaran kuasa, sistem brek ABS, Honda Selectable Traction Control (HSTC) dan engine braking mengikut pilihan mereka. Sementara talaan dalam mode Standard, Sport, Rain dan Gravel pula telah ditetapkan secara default. Sistem HSTC juga mempunyai tiga tahap dan ia juga boleh dipadamkan terus.

Lain-lain

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 11

Kerangka X-ADV 2021 dikatakan 1 kg lebih ringan berbanding model terdahulu dan Honda menjelaskan ruang simpanannya kini lebih luas. Selain itu, soket kuasa 12V juga digantikan dengan soket USB.

Honda X-ADV 2021 - 5 pembaharuan menarik mengenai skuter canggih, ranggi ini! 12

Antara ciri-ciri menarik lain seperti versi sebelum ini adalah penggunaan sistem kunci pintar, Emergency Stop Signal (ESS), lampu penunjuk arah boleh tutup sendiri, tongkat tengah, penghadang tangan serta ruang simpanan kecil di bawah pemegang.

Di bahagian roda depan, X-ADV 2021 menggunakan rim jejari bersaiz 17 inci berserta tayar 120/70, brek cakera berkembar 296 mm, empat piston serta fork USD 41 mm. Di bahagian belakang, ia menggunakan rim jejari bersaiz 15 inci, tayar 160/60, brek cakera 240 mm, satu piston serta monoshock. Tangki bahan api pula berkapasiti 13.2 liter.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda