window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hot Wheels punya pasal, lelaki berebut kereta mainan di Pavilion Bukit Jalil diburu polis

Mersita · Dec 6, 2021 03:00 PM

Hot Wheels punya pasal, lelaki berebut kereta mainan di Pavilion Bukit Jalil diburu polis 01

Bak kata ‘orang tua’, “Masa kecik tak mampu, sekarang dah dewasa ada duit sendiri barulah nak merasa.” Barangkali itulah yang bermain di fikiran sekumpulan lelaki yang mengerumuni rak kereta mainan ‘die-cast’ popular, Hot Wheels, di Toys ‘R’ Us Pavilion Bukit Jalil pada Jumaat lalu sehingga mengundang perhatian Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ini susulan satu gambar menunjukkan aksi bersesak-sesak memilih kereta mainan berkenaan mula tular di media sosial, jelas memperlihatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Hot Wheels punya pasal, lelaki berebut kereta mainan di Pavilion Bukit Jalil diburu polis 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Hj. Jaafar berkata, hasil siasatan awal mendapati gambar yang tular telah disahkan berlaku pada 3 Disember 2021 di Pavilion Bukit Jalil.

“Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hot Wheels punya pasal, lelaki berebut kereta mainan di Pavilion Bukit Jalil diburu polis 01

Model kereta 'die-cast' Hot Wheels sememangnya popular di kalangan pengumpul dan peminat hobi ini. Rak kereta mainan ini sering diserbu orang ramai terutama sekali jika ada diskaun menarik. Gambar hiasan

“Pihak IPD Cheras tidak berkompromi sekiranya wujud pelanggaran SOP dan berterima kasih atas maklumat yang disalurkan kepada PDRM bagi memastikan SOP dipatuhi,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda