window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam?

Faisal Β· Dec 2, 2020 12:30 PM

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam? 01

Hyundai Accent telah lama mengundurkan diri daripada pasaran Malaysia sejak generasi ketiga yang lalu. Namun begitu, negara-negara jiran telah lama memiliki sedan segmen B dari Korea ini dimana ia bersaing dengan Toyota Vios dan Honda City.

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam? 02

Di Vietnam, Hyundai Accent facelift 2021 untuk generasi kelima telah dilancarkan. Menurut gambar, nampaknya kita terlepas sesuatu yang menarik buat saingan sedan segmen B di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam? 01

Menurut AutoPro, Hyundai Accent facelift hadir dengan pembaharuan pada gril, bampar, dan lampu belakang jenis LED.

Pada bahagian interior, sistem paparan infotainment telah dipertingkatkan kepada 8 inci. Ia juga didatangkan dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Malah skrin tersebut hadir dengan pandangan pelbagai sudut (split-screen view).

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam? 02

Dari segi enjin, Hyundai Accent facelift menggunakan enjin 1.4L 4-silinder aspirasi natural Kappa yang sama seperti model sebelum facelift. Kuasa sebanyak 100 PS dan 132 Nm tork dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan.

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam? 03

Dengan harga yang lebih murah daripada Toyota Vios, Hyundai Accent di Vietnam dijangka memacukan lagi kejayaan Hyundai di pasaran negara tersebut. Untuk maklumat anda, Toyota Vios dan Hyundai Accent telah mendominasi pasaran sedan segmen B di Vietnam dengan jumlah jualan yang mengalahkan Kia Soluto, Mazda 2 Sedan, dan juga Honda City.

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam? 04

Hyundai Accent pernah dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show 2018

Bagaimana dengan Malaysia? Menurut sumber yang sahih, Hyundai Accent mungkin menjadi salah satu daripada 3 model yang akan dipasang di kilang Hyundai di Indonesia.

Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam? 05

2 model lagi ialah Hyundai Venue dan sebuah MPV yang akan bersaing dengan Toyota Avanza. Berdasarkan media Indonesia, kilang Hyundai yang baru itu bakal memulakan produksi kereta pada tahun 2021.

Dengan negara Indonesia yang bakal menjadi pusat Hyundai untuk rantau Asean, ketiga-tiga model ini akan diimport dari Indonesia ke negara-negara jiran termasuklah Malaysia. Jadi, adalah anda teruja dengan perancangan masa depan Hyundai di Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda