window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja!

Haris Β· Oct 1, 2021 11:59 AM

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 01

Hyundai Motor Company secara rasminya telah melancarkan Hyundai Casper 2022 di Korea. SUV pengenalan ini adalah SUV paling murah dan terkecil yang ditawarkan oleh Hyundai. Menariknya, pada harga bermula dari KRW 13.85 juta (~ RM 49,000), Hyundai Casper hanya boleh dibeli secara dalam talian, tanpa perlu menerusi penasihat jualan.

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 02

Disasarkan untuk golongan muda, SUV 'H senget' mengubah tradisi pembelian kenderaan di Korea Selatan. Secara tidak rasmi, model ini telah dinobatkan sebagai model Hyundai yang paling banyak ditempah dengan hampir 19,000 unit dipesan pada hari pertama. Malah Presiden Korea sendiri merupakan antara pemilik SUV kecil ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan!

Untuk pembeli muda, Hyundai Casper 2022 dilengkapi dengan banyak pilihan penyesuaian yang hadir pada tiga varian - Smart, Modern, dan Inspiration. Pembeli pula mempunyai pilihan sehingga 6 warna luaran dan 3 reka bentuk dalaman.

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 01

Selain daripada pilihan penyesuaian tersebut, Hyundai juga menawarkan aksesori tambahan mesra warga muda untuk Casper seperti peralatan perkhemahan, dulang penyimpanan, dan tali pemegang binatang peliharaan.

Lihat sahaja bagaimana ia juga mesra haiwan peliharaan yang tentunya menarik minat golongan muda.

Hyundai Casper mempunyai kerusi tempat duduk yang boleh dilipat rata agar pengguna boleh memasukkan tilam ke dalam kabin kenderaan serta memandang langit malam melalui bumbung suria.

Tempat duduk belakang juga dapat disesuaikan untuk bergerak ke depan atau ke belakang dan dapat disandarkan sehingga sudut 39 darjah.

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 02

Terdapat dua pilihan trenkuasa yang ditawarkan untuk Hyundai Casper - enjin 1.0 liter aspirasi semula jadi SmartStream (76 PS / 95 Nm) atau enjin 1.0 liter turbocaj Kappa (100 PS / 172 Nm). Kedua-duanya merupakan enjin 3-silinder yang dipasangkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan yang menggerakkan roda depan.

Baca: Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja!

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 03

Walaupun merupakan sebuah model FWD, Hyundai mendakwa bahawa Casper mampu berkemampuan di jalan bukan asfalt (tar). Ia dilengkapi dengan mod pemanduan 2WD (Salji / Pasir / Lumpur) yang akan menyesuaikan daya penggerak, tork enjin, dan brek mengikut mod yang dipilih.

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 04

Selain itu, Hyundai Casper juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti sistem infotainment 8-inci yang besar dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Pautan Bluetooth juga membolehkan sambungan pelbagai sehingga 2 peranti boleh digunakan secara serentak.

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 05

Dari segi keselamatan, Hyundai Casper dilengkapi dengan 7 beg udara sebagai standard dan ADAS tersedia untuk semua varian yang merangkumi AEB, high-beam assist, lane keep assist, dan lane departance avoidance assist.

Baca: Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 06

SUV ini dibina di kilang baru di Gwangju, Gwangju Global Motors (GGM). Kilang tersebut bukan milik Hyundai sepenuhnya tetapi merupakan usahasama yang dimiliki oleh kerajaan wilayah Gwangju dengan Hyundai Motor Group.

Hyundai Casper 2022 - 'Axia Style' Korea berharga dari RM 49k, cuma boleh beli 'online' sahaja! 07

Hyundai benar-benar memecahkan tradisi pembelian kereta dengan Hyundai Casper kerana tiada penasihat jualan yang akan berunding atau tawar-menawar dengan pembeli. Harga yang ditetapkan konsisten tanpa perlu melakukan tinjauan dan ini merupakan suatu konsep yang sangat digemari oleh golongan muda.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai Hyundai Casper ditawarkan pada peringkat global. Melihat kepada trend meng-SUV-kan model hatchback kecil seperti Axia Style dan Iriz Active, adakah Hyundai Casper mampu menarik pembeli di negara seperti Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda