window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad!

Zamil Syaheer Β· Jul 29, 2021 04:00 PM

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad! 01

Kalau anda tak perasan, sudah lama Hyundai tidak menjual model MPV. Ingat tak Hyundai Trajet (dan penggantinya yang hanya dijual Amerika, Entourage) yang pernah dijual di Malaysia satu ketika dulu? 10 tahun kemudian, Hyundai Custo akan menjadi MPV baru pertama oleh jenama lambang ‘H’ senget ini.

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad! 02

Pendahulu Custo, Trajet (atas) dan Entourage (bawah)

Okaylah, Hyundai Starex dan Staria boleh digelar sebagai MPV, tetapi kami berpendapat kedua-dua kereta ini lebih kepada sebuah van dari minivan. Apa-apa pun, rakan Hyundai dari China, Beijing Hyundai telah menyiarkan gambar acah Custo di laman media sosial rasmi Weibo.

Juga baca: Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad! 01

Imej eksterior dan perincian Custo telah diterbitkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT) sebelum ini. Jadi, siluet keseluruhan dalam imej acah itu padan dengan imej yang tertiris.

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad! 02

Gril Custo berkongsi beberapa persamaan reka bentuk dengan Hyundai Tucson terbaru, dengan lampu LED DRL disekalikan dengan gril yang besar. Selain itu, imej acah itu juga menunjukkan nama Custo yang ditulis dengan lengkap.

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad! 03

Di bahagian belakang pula, bentuk keseluruhannya menyerupai Kia Carnival terkini. Kia Carnival dan Custo dikatakan menggunakan platform N3 yang juga digunakan di Staria dan Tucson.

Dimensi
  Hyundai Custo Kia Grand Carnival (YP)
Panjang (mm) 4,950 5,115
Lebar (mm) 1,850 1,985
Tinggi (mm) 1,734 1,755
Jarak Roda (mm) 3,055 3,060

Walau bagaimanapun, Custo lebih kecil daripada Carnival kerana ianya dilengkapi dengan pilihan 6 atau 7 tempat duduk, sementara Carnival pula dapat menampung sehingga 11 tempat duduk.

Trenkuasa
Enjin Kuasa (PS) Tork (Nm)
1.5 Turbo (G4FS) 170 253
2.0 Turbo (G4NN) 236 TBA

Hyundai Custo dikhabarkan akan dijual dengan dua pilihan trenkuasa berpengecas turbo daripada keluarga enjin SmartStream Hyundai.

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad! 04

Imej acah hanya menunjukkan siluet luaran Custo tetapi imej interior yang tertiris lebih awal menunjukkan bahawa MPV akan mendapat rekaan stereng empat-batang, paparan infotainment menegak, dan tombol gear jenis tekan.

Hyundai Custo 2021 diacah sebelum pelancaran di China, MPV pertama setelah sedekad! 05

Hyundai Custo dikatakan hanya untuk pasaran China, namun ada desas-desus mengatakan bahawa ia boleh diperkenalkan di Malaysia (dalam reka bentuk yang lebih ringkas). Mungkinkah Hyundai Stargazer yang akan datang akan mengambil asas reka bentuk Custo?

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda