window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda!

Zamil Syaheer · Jan 4, 2021 05:00 PM

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 01

Hyundai seringkali menghasilkan kereta dengan reka bentuk yang sangat menarik dan cantik. Namun begitu, terdapat banyak persepsi bahawa nilai penjualan semula Hyundai di Malaysia ini agak teruk. Tahukah anda, di peringkat global anda boleh melihat Hyundai menyusur gah di jalan raya serta mendapat penilaian kebolehpercayaan yang sangat tinggi?

Rakyat Malaysia lebih suka tarikan 'lambang H' dari Jepun berbanding jenama Korea. Jadi, betul ke tidak Hyundai yang mempunyai nilai penjualan semula yang teruk? Jom kita terjah.

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk artikel ini, kita akan membandingkan Hyundai Elantra generasi kelima, Honda Civic FB, dan Toyota Corolla Altis generasi ke-11. Ketiga-tiga model ini dilancarkan antara tahun 2014 dan 2015, jadi kami akan memfokuskan pada tahun-tahun model tersebut.

Bukan sahaja mereka berada didalam segmen yang sama, tetapi ketiga-tiganya menawarkan sesaran enjin yang serupa dalam varian masing-masing.

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 01

Berikut adalah harga pelancaran model masing-masing:

  • Hyundai Elantra 1.8 Premium (RM 115,616 pada tahun 2015)
  • Toyota Corolla Altis 1.8 G (RM 119,000 pada tahun 2014)
  • Honda Civic 1.8 S (RM 113,800 pada tahun 2014)

Melihat melalui iklan di laman jualan dalam talian, ini adalah anggaran harga purata kenderaan terpakai masing-masing:

  • 2015 Hyundai Elantra 1.8 Premium (sekitar RM 49,700)
  • 2015 Toyota Corolla Altis 1.8 G (sekitar RM 63,700)
  • 2015 Honda Civic 1.8 S (sekitar RM 55,900)

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 02

Dan akhirnya, nilai susut nilai ketiga-tiga kereta selepas 5 tahun:

  • 2015 Hyundai Elantra 1.8 Premium (nilai anggaran 43%)
  • 2015 Toyota Corolla Altis 1.8 G (nilai anggaran 54%)
  • 2015 Honda Civic 1.8 S (nilai anggaran 49%)

Berdasarkan nombor ini, nilai jualan semula Hyundai kelihatan lebih rendah tetapi perbezaannya tidaklah sebanyak yang anda fikirkan. Hanya RM 5,000 sahaja beza dari Honda. Toyota sudah tentu kekal sebagai penanda aras dalam nilai jualan semula.

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 03

"Sebilangan besar peniaga kereta terpakai cenderung menurunkan harga Hyundai terpakai dan akan menawarkan harga serendah mungkin untuk mendapatkan keuntungan penjualan semula yang lebih tinggi, dengan anggapan bahawa kereta itu sukar dijual," kata Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM).

"Sebenarnya, nilai penjualan semula untuk kereta Hyundai hanya sedikit rendah atau setara dengan jenama kereta lain dari segmen yang sama dengan pembuatan tahun yang sama."

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 04

Anda perlu tahu bahawa nilai sesebuah kereta akan hilang kira-kira 20%  pada tahun pertama dan 15% setiap tahun berikutnya. Hanya apabila ia sampai tahun kesepuluh maka nilai kenderaan itu hanya sekitar 10% daripada yang asal.

Semestinya, lebih baik untuk anda menjualnya sendiri untuk mendapatkan nilai jualan semula yang jauh lebih tinggi. Apabila anda menjual kereta anda kepada peniaga kereta terpakai, nilai yang anda dapat adalah jauh lebih rendah daripada nilai pasarannya, tak kisahlah jenama apapun.

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 05

Pada masa ini, HSDM sedang mengadakan kempen program penukaran (overtrade). Pembeli akan menikmati tambahan RM 5,000 anda ‘trade-in’ kenderaan Hyundai lama anda dengan yang baru.

Sekiranya anda tidak memiliki kenderaan Hyundai tetapi ingin menukar kereta lama anda dengan Hyundai baru , HSDM masih menawarkan harga sehingga RM 3,000 lebih daripada harga ‘trade-in’. Promosi ini hanya untuk masa yang terhad.

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 06

HSDM telah mengatakan bahawa syarikat ini menawarkan sokongan pertukaran yang murah hati untuk memastikan pelanggan mendapat tawaran dan nilai terbaik di pasaran untuk kenderaan mereka.

"Dengan cara ini, pemilik kenderaan Hyundai yang berpotensi akan dapat berbelanja dengan tenang, dan mungkin mempertimbangkan untuk membeli model yang lebih premium daripada yang mereka sudah membuat kata putus pada awalnya," kata Mr Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM.

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 07

Untuk memenuhi syarat harga jual beli khas ini, pemilik kereta mesti memastikan semua dokumen mereka asli dan memenuhi kehendak Puspakom. Pertukaran kenderaan terpakai juga mesti melalui Sime Darby Auto Selection Sdn. Bhd.

Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda! 08

Sejak beberapa bulan yang lalu, Hyundai telah melancarkan serangan terhadap segmen popular dengan Kona, Elantra, dan Sonata. Mungkin sudah tiba waktunya rakyat Malaysia mula bangga dengan kereta Korea seperti telefon pintar jenama Korea, masakan Korea, dan drama TVB Korea.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda