Hyundai Elantra 2021 serba baru dibuka untuk tempahan – pelancaran akhir tahun ini?

Faisal · Nov 27, 2020 04:00 PM

Hyundai Elantra 2021 serba baru dibuka untuk tempahan – pelancaran akhir tahun ini? 01

Hyundai Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pelancaran Hyundai Elantra 2021 akan beransur pada akhir tahun ini.

Dengan anggaran harga sebanyak RM 1XX,888, tempahan boleh dibuat sekarang dengan hanya RM 777.

Hyundai Elantra 2021 serba baru dibuka untuk tempahan – pelancaran akhir tahun ini? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pembeli yang berminat boleh membuat tempahan di bilik pameran Hyundai di seluruh negara atau layari www.hyundai.com.my untuk maklumat yang lebih lanjut.

Hyundai Elantra baharu dijangka menghangatkan persaingan segmen C dengan rekaan unik yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Hyundai Elantra 2021 serba baru dibuka untuk tempahan – pelancaran akhir tahun ini? 01

Selain itu, Hyundai Elantra 2021 adalah model Hyundai pertama yang hadir dengan transmisi pintar untuk memberikan prestasi dan penjimatan minyak yang terunggul di dalam kelasnya.

Dipadankan dengan enjin 1.6L Smartstream G MPi yang beraspirasi natural, sedan segmen C ini menghasilkan 123 PS @ 6,300 rpm dan 154 Nm tork @ 4,500 rpm.

Hyundai Elantra 2021 serba baru dibuka untuk tempahan – pelancaran akhir tahun ini? 02

Untuk maklumat anda, Elantra adalah di antara model Hyundai yang membawa aspirasi ‘Geared for Distinction’ oleh Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM). Sedan ini juga bertepatan dengan falsafah mereka dalam menawarkan teknologi yang terkini pada segmen yang lebih bawah.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Sehingga 20% lebih tinggi berbanding harga biasa

2018 Hyundai Elantra 2.0 Executive

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru

Kereta Terpakai Yang Berkait

2013 Inokom ELANTRA 1.6
2013 Inokom ELANTRA 1.6
RM 36,500TBC

RM 37000

101,529 km

8.5 tahun

Cheras

2014 Inokom ELANTRA 1.6
2014 Inokom ELANTRA 1.6
RM 37,400TBC

RM 39900

157,879 km

7.5 tahun

Kuala Lumpur