Hyundai Elantra 2021 serba baru dipratonton di Malaysia - SmartSense ADAS, CBU Korea
Zamil Syaheer Β· Dec 3, 2020 03:00 PM
0
0
Hyundai-Sime Darby Motor baru sahaja pratonton Hyundai Elantra 2021 generasi ketujuh serba baru di Malaysia. Setakat ini, tiada harga rasmi diumumkan dari HSDM, hanya anggaran harga dari RM 1xx,888.
Tempahan sudahpun dibuka bagi sesiapa yang berminat, dengan bayaran tempahan sebanyak RM 777 untuk satu.
Berbanding Hyundai Elantra generasi-AD sebelum ini yang dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah, model ini diimport sepenuhnya dari Ulsan, Korea.
Hanya satu varian sahaja yang akan ditawarkan oleh HSDM, dikuasakan dengan enjin 1.6 liter petrol aspirasi natural SmartStream yang menghasilkan 123 PS dan 154 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi Hyundai baru iaitu Intelligent Variable Transmission (IVT: nama panggilan Hyundai untuk CVT mereka) dengan lapan nisbah gear maya.
Ia juga dilengkapi dengan mod pemanduan yang dapat dipilih dimana mod ini dapat mengubah respons stereng, enjin, serta transmisi. Kluster meter digital penuh juga bertindak balas terhadap pilihan mod pemanduan.
Kelengkapan standard pada Elantra 1.6 ini termasuk:
Lampu depan projektor LED
Lampu DRL LED
Lampu belakang LED
Roda 17 inci
Interior bewarna hitam atau kelabu terang
Tempat duduk depan berkuasa dengan 8 cara pelarasan termasuk 2 cara sokongan lumbar
Penghawa dingin dwi-zon
Corong penghawa dingin belakang
Sistem infotainmen berukuran 8 inci
Android Auto dan Apple CarPlay
Meter kluster digital 10.25 inci
Pengecas tanpa wayar Qi
Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
Hyundai Elantra adalah model kedua dari HSDM yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS SmartSense (Kona adalah model pertama).
Sistem bantuan pemandu ADAS pada Elantra merangkumi:
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.