window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru!

Faisal Β· Jul 1, 2021 02:00 PM

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 01

Beberapa tahun yang lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) pernah menjual Elantra generasi AD dengan versi yang lebih berprestasi. Kalau anda ingat lagi, sedan yang menggunakan enjin turbo berkuasa 204 PS itu dikenali sebagai Elantra Sport.

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 02

Untuk maklumat anda, model yang berwarna merah ini adalah generasi baru buat kereta yang disebutkan. Kali ini, nama Sport digantikan dengan N Line. Tetapi untuk anda yang belum tahu, Elantra di beberapa pasaran seperti Singapura dan Korea Selatan sebenarnya menggunakan nama Avante.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan!

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 01

Secara teknikal, Elantra N Line dikuasakan oleh enjin petrol 1.6L turbo yang serupa dengan Elantra Sport terdahulu. Cumanya, ia ditambah dengan teknologi Continously Variable Valve Duration (CVVD). Enjin yang kini dikenali sebagai SmartStream G1.6 T-GDi ini menghembuskan 204 PS dan 265 Nm tork. Tenaga sebanyak ini dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan ataupun DCT 7 kelajuan.

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 02

Dengan jumlah kuasa yang begini, posisi Elantra N Line sebenarnya sudah melepasi Honda Civic biasa. Malah, tarafnya sudah hampir dengan Civic Si (208 PS, 260 Nm tork) yang ada di beberapa pasaran selain Malaysia.

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 03

Selain itu, Elantra N Line mendatangkan elemen unik seperti bampar yang lebih sporty, spoiler tambahan yang kecil, cermin sisi berwarna hitam, dan juga rim yang lebih besar. Walau bagaimanapun, lencana N Line hanya terdapat pada bahagian fender dan gril depan sahaja.

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 04

Beralir ke dalam, Elantra N Line menonjol dengan sentuhan jahitan merah dan logo N pada bahagian tempat duduk, roda stereng, dan tombol gear. Sedan yang sporty ini juga hadir eksklusif dengan ciri Drive Mode yang terletak bersebelahan dengan kluster instrumen digital.

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 05

Adakah ia akan masuk Malaysia?

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 06

Hyundai Elantra yang dijual oleh HSDM.

Buat masa ini, HSDM menawarkan Elantra dengan dua varian sahaja tetapi kedua-duanya dikuasai oleh enjin petrol 1.6L aspirasi natural (123 PS, 154 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Juga bacaHyundai Elantra 2021 kini dengan varian Executive, lebih murah pada harga RM 139,888!

Hyundai Elantra N Line 2021 berkuasa 204 PS dipertonton, bakal cabar Honda Civic Si baru! 07

Namun begitu, Hyundai Elantra N Line yang sporty ini berkemungkinan tidak masuk Malaysia. Tetapi usah kecewa kerana HSDM sendiri telah menjanjikan kita dengan Hyundai Kona N Line.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Elantra Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda