window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda?

Haris Β· Dec 3, 2020 04:00 PM

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 01

Hyundai Elantra 2021 baru sahaja dilancarkan dengan harga bermula RM 1XX,888. Sedan segmen C ini dihasilkan secara CBU, meletakkan model ini lebih dekat dengan persaingan bersama Mazda 3.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengapa bukan Honda Civic atau Toyota Corolla Altis? Hyundai Elantra diposisikan sebagai sedan yang jauh lebih premium dan bukannya populariti berbanding 2 model Jepun popular tersebut.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 01

Bandingkan harganya, Hyundai Elantra disasarkan sekitar RM 1xx, 888, sementara Mazda 3 Sedan 1.5 bermula pada RM 137,660.

Masih tertanya-tanya model mana yang lebih premium? Ini perseteruan Korea - Jepun dalam gelanggang automotif.

Rekaan luaran

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 02

Mazda 3 kelihatan lebih elegan daripada luar. Ia mempunyai lengkung badan yang lancar dan kekurangan sudut tajam jika dilihat dari bahagian sisi. Mazda 3 memenangi anugerah Rekaan Kereta Terbaik Dunia 2020 dalam siri WCA (World Car Awards).

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 03

Hyundai Elantra pula kelihatan lebih agresif dengan garisan badan yang lebih tajam. Ingat, tajam adalah agresif. Malah, rim 5 jejari dua tona ‘windmill’ juga melengkapi keseluruhan tema yang dibawa Hyundai Elantra.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 04

Hyundai Elantra mungkin belum memenangi sebarang anugerah tetapi ia masih menepati citarasa tempatan. Mazda 3 mungkin direka dengan rekaan yang menepati citarasa global manakala Hyundai Elantra berjaya menangkap intipati zaman pengeluarannya.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 05

Dari segi dimensi, Hyundai Elantra adalah lebih besar berbanding Mazda 3.

Dimensi
  Hyundai Elantra 1.6 Mazda 3 Sedan (1.5)
Panjang 4,675 mm 4,660 mm
Lebar 1,825 mm 1,795 mm
Tinggi 1,430 mm 1,440 mm
Jarak Roda 2,720 mm 2,725 mm
Saiz Tayar 225/45 R17 205/60 R16
Berat 1,270 kg 1,361 kg

Enjin dan trenkuasa

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 06

Hyundai Elantra

Kedua-duanya hadir dengan sesaran enjin yang hampir sama. Hyundai Elantra dengan 1.6 manakala Mazda 3 adalah 1.5. Walaubagaimanapun, aspek transmisi menjadi taruhan buat kedua-dua model ini.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 07

Hyundai Elantra

Hyundai Elantra menggunakan transmisi CVT berteknologi tinggi yang digelar IVT 8 kelajuan. Mazda 3 pula menggunakan transmisi 6 kelajuan automatik jenis planetary gear. Masing-masing adalah unik dalam segmennya.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 08

Output kuasa kedua-dua model ini adalah setara dengan sedikit peningkatan pada Hyundai Elantra kerana sesaran enjin yang lebih besar.

Perbandingan Enjin
  Hyundai Elantra 1.6 Mazda 3 Sedan (1.5)
Enjin SmartStream G1.6 MPI SkyActiv G 1.5
Jenis NA NA
Sesaran 1,598 cc 1,496 cc
Transmisi CVT (8 virtual speed) 6-speed auto
Kuasa Kuda 123 PS @ 6,300 rpm 120 PS @ 6,000 rpm
Tork 154 Nm @ 4,500 rpm 153 Nm @ 4,000 rpm

Ciri keselamatan

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 09

Malangnya, Mazda 3 1.5 tidak mempunyai sistem ADAS. Ciri tersebut hanya dikhaskan untuk varian Mazda 3 2.0 High Plus sahaja. Berita baik, Hyundai Elantra baru dilengkapi dengan ADAS versi Hyundai iaitu Hyundai SmartSense.

Ciri Keselamatan
  Hyundai Elantra 1.6 Mazda 3 Sedan 1.5
ABS & ESC Ada Ada
AEB Ada Ada
TCS Ada Ada
Hill Assist Ada Ada
ADAS Ada Tiada

Perincian lain

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 10

Kedua-duanya menawarkan fungsi Android Auto dan Apple Carplay. Hyundai Elantra selangkah lebih premium dengan tawaran pengecas nirwayar pada bahagian ruang penyimpanan tengah.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 11

Hyundai Elantra juga hadir dengan panel meter digital, manakala Mazda 3 hadir dengan panel meter separa digital.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 12

Digital ataupun tidak, kedua-duanya mempunyai peminat masing-masing. Ikuti artikel kami mengenai butang kawalan digital yang semakin menjadi trend kereta masa kini.

Kesimpulan

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 13

Hyundai Elantra hadir dengan lebih perincian yang bagus di luar dan dalam. Ia merupakan model premium yang paling sesuai bersaing dengan Mazda 3 kerana kedua-dua model ini ‘susah’ untuk bersaing dengan Honda Civic dan Toyota Corolla Altis, 2 model yang dominan dalam segmen ini.

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 14

Kedua-duanya menawarkan kuasa yang hampir setara. Jadi apakah penentu bagi Hyundai Elantra dengan Mazda 3 ini? Adakah rekaannya? Harganya? Atau sokongan selepas jualan?

Hyundai Elantra vs Mazda 3 sedan - Hyundai kini lebih premium berbanding Mazda? 15

Hyundai Elantra adalah sebuah sedan yang sangat cantik jika kita bertuah dapat melihatnya di atas jalanraya. Harap-harap, ia mampu menarik lebih ramai peminat bagi model Korea ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Elantra Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda