window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa?

Mersita Β· Aug 21, 2020 12:30 PM

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa? 01

Baru-baru ini kami ada ceritakan tentang Hyundai i30N telah berjaya menyaingi BMW M135i sebagai hatchback berprestasi yang ketiga paling popular di Eropah. Di tempat pertama dan kedua pula ialah Volkswagen Golf GTI dan Mercedes-AMG A35.

Ini menunjukkan kehebatan i30N walaupun ia hanyalah cubaan pertama Hyundai dalam segmen pasaran ini.

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa? 02

Nampaknya Hyundai membuat keputusan yang betul dalam perlantikan ketua N Division mereka iaitu bekas ketua BMW M, Albert Biermann. Dalam cubaan pertama beliau, Biermann telah berjaya menghasilkan satu produk cemerlang yang telah menawan hati ramai peminat berbanding syarikat terdahulunya, BMW.

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perlu diingatkan yang i30N ditawarkan secara eksklusif dengan hanya transmisi manual 6 kelajuan – yang mengehadkan tarikannya walaupun di Eropah. Ini bermaksud Hyundai i30N adalah pilihan yang semulajadi tepat dan diidami oleh peminat-peminat kereta manual yang menghargai pemanduan menarik dan interaktif.

Varian dwi-klac 8 kelajuan masih dalam pembangunan, dan ia dijangka untuk menyertai barisan model Hyundai pada tahun 2021.

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa? 01

Tapi, apabila sampai di Malaysia, lain pula ceritanya. Hyundai i30N dilancarkan pada bulan November 2019, jumlah unitnya dihadkan kepada 20 unit sahaja, dan ditawarkan secara eksklusif hanya di Lazada. Malangnya, tiada satu pun yang terjual. Minat terhadap kereta ini sangat tinggi, tapi disebabkan oleh pelbagai faktor, jualannya kekal 0 setakat ini.

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa? 02

Dikalangan 20 unit yang diimpot masuk, salah satu didaftarkan sebagai unit demo dengan nombor plat BGS 80. Sebuah lagi diparkir di Pusat 3S Hyundai di Jln. Klang Lama, Kuala Lumpur – satu-satunya bilik pameran dimana pelanggan boleh melihat dengan sendiri model i30N ini.

Kita tak boleh salahkan produk tersebut diatas jualannya yang lemah kerana i30N dijual dengan harga yang kompetitif dan ia menepati setiap kriteria yang dimahukan.

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa? 03

Dengan harga RM 298,888, kereta dengan enjin turbo 2.0 liter dan 4 silinder ini menjana 275 PS dan 353 Nm sambil memacu roda hadapan. Ia bukanlah seperti Honda Civic Type R dengan kuasa 310 PS/400Nm (kali terakhir dijual pada harga RM 330,002), tapi ia lebih padan jika dibandingkan dengan Volkswagen Golf GTI dengan kuasa 230 PS/350 Nm, yang dijual pada harga RM 240,029 (model Mk 7.5).

Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa? 04

i30N ini juga didatangkan dengan electronic limited slip differential, adaptive suspension, variable exhaust note valves, dan juga dengan ruang dalaman yang terasa lebih seperti kereta Jerman berbanding Korea. Kereta ini juga dipasang dengan sunroof panoramik. Kereta ini pastinya lebih selesa dan menarik berbanding Honda Civic Type R.

barisan kereta Hyundai yang terkini semuanya bagus-bagus belaka. Dari pelbagai sudut dan aspek, kereta mereka sudah lebih baik daripada Honda atau Toyota. Tapi, masalah persepsi yang mengatakan jika kereta itu jenamanya Hyundai, ia mestilah dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding kereta Jepun atau Jerman yang setaraf dengannya – tak kisahlah betapa bagusnya kereta tersebut.

Dalam semua pasaran utama di dunia, permintaan untuk Hyundai i30N teramatlah tinggi. Di Australia, kereta ini ada senarai-tunggu 5 bulan sejurus selepas ia mula dijual pada tahun 2018!

Yang pastinya, i30N ini adalah sebuah hatchback yang sangat hebat. Jika anda mahukan kereta yang diluluskan oleh seseorang yang pernah membina kereta BMW M dengan begitu bagus sekali, anda harus lawati Pusat 3S Hyundai di Jln. Klang Lama dan lihat sendiri kereta ini. Ia sememangnya patut mendapat respon yang lebih baik dalam pasaran kita.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Hyundai i30N

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda