window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k!

Haris Β· Sep 22, 2021 08:00 PM

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 01

Hyundai i30N adalah hatchback prestasi dari Korea yang mahu menyaingi nama-nama besar seperti Toyota GR Yaris dan Volkswagen Golf R. Terbaru, hatchback prestasi ini telah disenaraikan di laman jualan terpakai rasmi Sime Darby, Sime Darby Auto Selection.

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 02

Hyundai i30N ini adalah unit tahun 2020 dengan 6,197 km jarak perbatuan dan digambarkan sebagai "hampir baru" dengan harga RM 248,800. Berkemungkinan besar, unit adalah unit "ex-demo" dan berdasarkan daripada keadaan visualnya, ini mungkin suatu tawaran yang bagus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah?

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 01

Sebagai rujukan, Hyundai i30N dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019 dengan harga RM 298,888, terhad kepada hanya 20 unit sahaja. Angka ini menjadikannya model Hyundai i30N ini lebih jarang ditemui, berbanding 127 unit Toyota GR Yaris yang telah diperuntukkan di sini.

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 02

Untuk spesifikasi, Hyundai i30N menggunakan enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj yang menghamburkan kuasa sehingga 275 PS / 353 Nm (378 Nm pada mod overboost) ke roda depan. Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual 6-kelajuan yang menggiurkan peminat kereta. Pecut 0-100 km/j mampu dilakukan dalam masa 6.1 saat.

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 03

Prestasi hatchback ini bukan sekadar pada aspek trenkuasa sahaja. Sebagai tambahan, Hyundai i30N ini juga dilengkapi dengan LSD (limited slip differential) elektronik, suspensi adaptif, injap ekzos dengan pilihan not, di samping kabin dalaman yang terasa lebih mirip seperti model Jerman berbanding Korea (dengan bumbung suria panoramik).

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 04

Untuk keselesaan penghuni, sistem infotainment menggunakan unit skrin sesentuh 8-inci dan menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Terdapat juga fungsi cruise control, kamera pandang belakang, dan pendingin hawa automatik dua zon.

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 05

Faktor keselamatan juga tidak terlepas pandang untuk Hyundai i30N. Ia dilengkapi sistem bantuan pemandu ADAS yang merangkumi amaran dan bantuan penukaran lorong serta forward collision avoidance (amaran dan bantuan). Aspek ini meletakkannya sebagai satu-satunya kereta dengan transmisi manual yang dilengkapi dengan ADAS.

Hyundai i30N terpakai - enjin 2.0L turbo, transmisi 6-kelajuan manual pada harga RM 248k! 06

Akhir sekali, Hyundai i30N juga mempunyai but berkapasiti 381 liter yang dapat dibuka sehingga 1,287 liter. Menariknya, Hyundai i30N bukan sahaja sebuah hatchback prestasi biasa, ia turut memenuhi kepentingan aspek keselamatan dan praktikaliti. Oleh itu, tiada salahnya jika kereta ini dibawa secara rutin dan bukannya mengikut minat. Mungkin, sebuah kenderaan yang lebih 'sempurna' berbanding pesaingnya. Apa pula kata anda?

Kredit gambar: Sime Darby Auto Selection

Baca: Hyundai i30N: Dah dilancar pada Nov 2019, tapi tiada sambutan. Kenapa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Hyundai i30N

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda