window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai ingin membangunkan saingan Toyota Avanza, bakal ke Malaysia?

Faisal Β· Nov 19, 2020 02:00 PM

Hyundai ingin membangunkan saingan Toyota Avanza, bakal ke Malaysia? 01

Hyundai sangat komited dengan potensi pasaran Indonesia dimana mereka telah membina tempat pemasangan kereta di Cikarang. Walau apapun, mereka harus bersaing dengan "raja" sekiranya mereka ingin menguasai pasaran di sana.

Hyundai ingin membangunkan saingan Toyota Avanza, bakal ke Malaysia? 02

Pasaran MPV di Indonesia sangatlah besar dan Toyota Avanza sering menjadi pilihan sehinggakan ia menjadi kereta yang paling laku di sana. Maka itu, segmen ini dipenuhi dengan barisan pesaing yang sengit untuk mengungguli takhta tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan maklumat daripada Otodriver, Hyundai merancang untuk memperkenalkan sebuah model pada Februari 2022 untuk bersaing dengan Toyota Avanza. Satu sumber yang sah mengatakan bahawa pembangunannya sudah dimulakan di Korea.

Hyundai ingin membangunkan saingan Toyota Avanza, bakal ke Malaysia? 01

Untuk maklumat anda, idea Hyundai untuk sebuah pasaran yang membangun bukanlah sesuatu yang baru. Untuk maklumat anda, Hyundai telah cuba untuk menandingi pasaran melalui konsep Hexa Space yang dipertonton pada Auto Expo 2012 di Delhi, India. Walaupun kelihatan menarik, idea tersebut dibatalkan secara senyap.

Hyundai ingin membangunkan saingan Toyota Avanza, bakal ke Malaysia? 02

Hyundai Creta di kilang Hyundai di India

Kembali semula mengenai perancangan terbaru oleh Hyundai, sumber tidak menyatakan sebarang butiran mengenai tren kuasa tetapi MPV ini akan berpacuan roda hadapan. Selain itu, MPV ini akan dibina di Indonesia dimana ia bakal dieksport ke Thailand dan Philippines sebagai model CBU.

Menariknya, terdapat perancangan dimana pemasangan CKD akan beransur di Vietnam dan Malaysia.

Apakah potensi di Malaysia?

Hyundai ingin membangunkan saingan Toyota Avanza, bakal ke Malaysia? 03

Daihatsu DN Multisix yang mungkin memperlihatkan Alvanza yang akan datang

Dengan pasaran yang lebih kecil, permintaan untuk MPV masih ada. Sebagai contoh, Perodua masih membangunkan model untuk menggantikan Alza.

Hyundai ingin membangunkan saingan Toyota Avanza, bakal ke Malaysia? 04

Menariknya, Toyota Avanza untuk generasi yang seterusnya mungkin berkongsi platform dan komponen mekanikal dengan Perodua Alza. Pacuan roda belakang juga mungkin digantikan dengan pacuan roda hadapan yang lebih praktikal. Dengan itu, pasaran MPV dijangka akan meningkat ketika model-model ini dilancarkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda