window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan!

Haris Β· Feb 28, 2022 03:00 PM

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 01

  • Hyundai Ioniq 5 CKD  akan dilancarkan di Indonesia mendahului model CBU untuk Malaysia
  • Varian Standard Range dan Long Range, kesemuanya pacuan belakang RWD
  • Pengeluaran pertama di dunia luar Korea untuk Hyundai Ioniq 5

Hyundai Motor Manufacturing Indonesia (HMMI) akan memulakan pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) bagi Hyundai Ioniq 5 elektrik sepenuhnya minggu ini. Ia mungkin pengeluaran CKD pertama di dunia untuk SUV kompak elektrik tersebut yang selama ini eksklusf dihasilkan di kilang Ulsan, Korean Selatan milik Hyundai Motor Group.

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 02

Hyundai Ioniq 5 bukan hatchback kompak

Menurut laman web rangkaian kami Autofun Indonesia, Hyundai Ioniq 5 pasaran Indonesia akan dilancarkan pada Indonesia International Motor Show pada Mac 2022, yang telah ditunda ke 31-Mac disebabkan peningkatan kes Covid-19.

Hyundao Ioniq 5 akan dikeluarkan di kilang pembuatan kenderaan HMMI sebanyak 150,000 unit setahun di Kota Deltamas, Cikarang, kilang yang sama yang turut membina Hyundai Creta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: 2022 Hyundai Creta facelift rasmi dari RM 82k, bakal ganti Hyundai Kona di Malaysia?

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 01

Selain kilang pembuatan kenderaan di Kota Deltamas, Hyundai juga sedang membina kilang pembuatan bateri 10 GWj (GigaWatt jam) bernilai RM 4.6 bilion dengan kerjasama LG Energy Solution di Karawang. Kilang bateri itu dijangka siap dalam tahun ini.

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 02

Menurut Autofun lagi, Hyundai Ioniq 5 pasaran Indonesia akan didatangkan dalam dua varian, kedua-duanya hadir dalam susun atur pacuan roda belakang. Varian yang dimaksudkan adalah:

  1.  Standard Range - 58 kWj (170 PS)
  2.  Long Range - 72.6 kWj (217 PS)

Bergantung pada saiz rim, model 58 kWj boleh melakukan sehingga 384 km dengan sekali caj, manakala model 72.6 kWj boleh melakukan sehingga 481 km, semuanya berdasarkan kiraan ujian WLTP.

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 03

Perhatikan cermin sisi digital

Untuk pasaran Eropah pula, terdapat varian baharu dengan bateri 77.4 kWj yang lebih besar, dilengkapi dengan cermin pandangan sisi digital berasaskan kamera, tetapi maklumat mengenai varian mercu ini hanya akan diumumkan lewat tahun ini.

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 04

Ciri kemuncak untuk Ioniq 5 ialah ciri pengecasan dwi ultra-pantas 400V / 800 V, menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, membolehkan kenderaan dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 18 minit sahaja.

Ioniq 5 juga hadir dengan ciri V2L (vehicle-to-load) yang membolehkan ia berfungsi seperti powerbank beroda, secara literal. Kenderaan itu boleh membekalkan sehingga 3.6 kW kuasa, lebih daripada cukup untuk semua jenis perkakasan elektrik rumah yang boleh anda bawa di dalam kereta.

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 05

Anggap ia seperti plag di rumah

Bercakap mengenai harganya pula, Autofun menganggarkan baihawa Ioniq 5 akan dilancarkan di Indonesia dengan anggaran harga sekitar IDR 800 juta (RM 233,785).

Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan! 06

Pilihan panel solar untuk pengecasan berkuasa matahari tersedia di sesetengah pasaran

Sebagai rujukan, Hyundai Kona Electric dengan bateri asas 39.2 kWh dijual di Indonesia dengan harga IDR 734.9 juta (RM 214,760). Di Malaysia, varian ini sama dengan varian e-Lite Hyundai Kona Electric yang dijual pada harga RM 149,888.

Untuk pasaran Malaysia, Hyundai Sime Darby Motors akan melancarkan Ioniq 5 dalam beberapa minggu akan datang, tetapi model kita akan diimport dari Korea, seperti mana Hyundai Kona Electric.

Jangkakan harga bermula sehingga RM 200,000.

Baca: Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda