window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu!

Zamil Syaheer Β· Jun 19, 2022 08:00 PM

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu! 01

Nampaknya kenderaan elektrik (EV) makin mendapat tempat di kalangan rakyat Indonesia. Kini, Hyundai Ioniq 5 sudahpun mengatasi jualan Honda CR-V pada Mei 2022.

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu! 02

Malah, penerimaan untuk Ioniq 5 amat memberangsangkan di Nusantara dengan lebih 800 tempahan dibuat pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2022 pada bulan April. Ini menyumbang kepada angka jualan 51 peratus daripada kereta Hyundai baharu yang ditempah di pameran permotoran itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Ioniq 5 CKD laku kaw, sumbang 50% daripada jumlah tempahan Hyundai di Indonesia Motor Show 2022

Ioniq 5 di Indonesia ditawarkan dengan 4 varian berharga dari IDR 718 juta hingga IDR 829 juta (~RM 214k – RM 247k). Sebagai perbandingan, Ioniq 5 berspesifikasi Malaysia boleh didapati dengan 3 varian berharga dari RM 199,888 hingga RM 259,888 (termasuk diskaun SST, sehingga 30-Jun 2022) dan diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea.

Baca juga: EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank!

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu! 01

Presiden Indonesia, Joko Widodo memerhatikan beberapa unit Hyundai di kilang Cikarang

Tambahan pula, Ioniq 5 akan dipasang di Indonesia (CKD) pada tahun ini dan kepulauan itu akan menjadi negara pertama di luar Korea yang memasang EV retro-futuristik ini.

Baca juga: Kilang baru Hyundai di Indonesia – pemasangan CKD di Kulim seperti biasa?

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu! 02

Menurut data jualan Mei 2022 oleh Gaikindo, 195 unit Ioniq 5 telah dijual di Indonesia. Ioniq 5 bukan sahaja melebihi jualan Honda CR-V (167 unit) dan Wuling Almaz (100 unit) tetapi ia juga merupakan SUV bersaiz sederhana terlaris (segmen C) untuk bulan itu!

Baca juga: Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu! 03

Namun, jualan SUV segmen C hanya menyumbang sedikit sahaja kepada keseluruhan jualan kereta baharu Indonesia. Secara keseluruhan, hanya 750 unit dalam sepuluh model telah dijual di negara ini dalam tempoh tersebut. Daihatsu Terios, trio Toyota Rush dan Perodua Aruz terjual lebih banyak (768 unit) pada bulan Mei berbanding keseluruhan segmen yang digabungkan.

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu! 04

Bagaimanapun, SUV semakin bertapak di nusantara sebagai salah satu segmen paling popular dengan Honda HR-V menjadi SUV segmen B terlaris negara dengan 1,799 unit terjual, meletakkannya di tempat ke-6 keseluruhan pada bulan Mei.

Jualan kereta di Indonesia (Mei 2022)
Model Unit
Honda Brio 4,121
Toyota Calya 2,223
Toyota Innova 2,046
Daihatsu Sigra 1,890
Mitsubishi Pajero Sport 1,834
Honda HR-V 1,799
Toyota Avanz 1,792
Mitsubishi Xpander 1,438
Honda BR-V 1,400
Toyota Rush 1,349

Hyundai Ioniq 5 tapau jualan CR-V di Indonesia pada Mei 2022, menjadi C-SUV terlaris untuk bulan itu! 05

Ia merupakan sambutan berganda bagi Honda di Indonesia apabila Honda Brio memegang gelaran kereta terlaris bulan ini dengan 4,121 unit terjual. Sementara itu, Toyota Avanza, model jualan terlaris April, jatuh ke tempat ke-7 dengan 1,792 unit terjual.

Baca juga: 6 model Toyota sapu carta jualan Top 10 di Indonesia pada April 2022, Avanza No. 1 & Veloz No. 3!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda