window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k!

Faisal Β· Jul 30, 2021 04:00 PM

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 sebentar tadi. Model import dari Korea itu masing-masing ditawarkan pada harga RM 146,888 dan RM 156,888 (harga atas jalan tanpa insurans, termasuk diskaun SST).

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 02

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo 4 silinder (SmartStream G1.6 T-GDI) yang menghasilkan 198 PS dan 265 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi DCT 7 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 01

Pada bahagian luar, Kona 1.6 Turbo kongsi sentuhan eksterior dan interior yang sama dengan varian 2.0 Active. Tetapi unik untuk Kona Turbo dan N Line adalah sentuhan warna badan dwi-tona.

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 02

Mengenai Kona N Line, varian yang sporty ini hadir dengan sentuhan yang lebih agresif. Bahagian wajahnya lengkap dengan sentuhan warna badan. Malah, arca rodanya sendiri mengikut warna badan. Ciri istimewa yang ada pada Kona N Line termasuklah skirting aerodinamik yang mana ia menggantikan bahagian plastik tahan lasak.

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 03

Kalau anda perasan, intake di depan juga lebih besar. Selain itu, Kona N Line datang dengan diffuser yang lebih menyerlah. Roda yang digunapakai pula bersaiz 18 inci.

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 04

Pada bahagian dalam, Kona N Line tampil dengan tema warna hitam. Antara sentuhan yang ada ialah:

  • Kerusi kulit berbahan suede dengan ciri penyejuk dan pemanas untuk bahagian depan
  • Kemasan jahitan berwarna merah
  • Pedal logam
  • Logo N pada tombol gear, stereng, dan kerusi

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 05

Antara ciri yang dilengkapkan pada kedua-dua Kona Turbo dan N Line termasuklah kluster instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainment 8 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay secara tanpa wayar.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 06

Unik buat Kona 1.6 Turbo pula adalah pilihan interior berwarna krim cerah.

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 07

Secara standard, Kona Turbo dan N Line datang dengan ADAS Hyundai Smart Sense yang mana ia merangkumi ciri keselamatan seperti:

  • Forward Collision Avoidance Assist (AEB)
  • Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BSM)
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCTA)
  • Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA)
  • Smart Cruise Control dengan Stop and Go (ACC)
  • Driver Attention Warning (DAW) dengan Leading Vehicle Departure Alert (LVDA)
  • Rear Occupant Alert (ROA), Safe Exit Warning (SEW)
  • High Beam Assist (HBA)

Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k! 08

Umumnya, Hyundai Kona 2021 lengkap dengan waranti selama 5 tahun/300,000 km (yang mana datang dulu) dan pakej servis percuma selama 3 tahun/50,000 km (yang mana datang dulu. Mereka yang berminat dijemput untuk layari platform pembelian dalam talian Hyundai yang baru.

Juga bacaHyundai Kona facelift 2021 dilancarkan – enjin SmartStream G2.0 + CVT, bermula RM 119,888!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda